KISAH BYRON DAVID SMITH : Jangan Bernafas
Filem Don't Breathe (2016) |
Byron David Smith |
Pernahkah anda menonton filem thriller yang berjudul Don’t
Breathe (2016)? Filem itu mengisahkan tiga orang sekawan pergi merompak sebuah
rumah yang dihuni oleh seorang lelaki tua veteran tentera. Pada mulanya, mereka
bertiga beranggapan kerja rompakan tersebut akan menjadi mudah memandangkan lelaki
tua tersebut merupakan seorang buta penglihatan. Namun tanpa disedari, lelaki
tua itu bukan calang-calang orang kerana dia mempunyai kepakaran untuk mengesan
serta membunuh musuh walaupun dirinya buta. Padahnya, tiga sekawan berkenaan
terperangkap di rumah tersebut. Hanya ada dua pilihan untuk mereka, larikan
diri atau mati dibunuh. Biarpun ia cuma sekadar lakonan tetapi harus diketahui
memang ada kisah jenayah sedemikian yang berlaku di dunia nyata iaitu kisah
pembunuhan yang dilakukan oleh Byron David Smith. Terdapat dakwaan yang
mengatakan filem Don’t Breathe adalah inspirasi daripada kisah Byron David
Smith ini, namun tiada sumber artikel kukuh untuk membuktikan perkara itu.
Pada tahun 2012, Byron David Smith merupakan seorang pesara kerajaan Amerika Syarikat berusia 64 tahun yang pernah bertugas sebagai seorang jurutera keselamatan. Dia tinggal bersendirian dengan tidak pernah berkahwin mahupun mempunyai sebarang anak. Kisah bermula pada Hari Kesyukuran apabila dua orang remaja yang juga merupakan pasangan sepupu iaitu Nicholas Brady (17 tahun) dan Hailey Kifer (18 tahun) telah pergi memecah masuk rumah Byron. Apa yang Nicholas dan Hailey tidak sedari, Byron sudah pun bersedia menunggu ketibaan mereka berdua.
Nicholas Brady dan Hailey Kifer |
Pada waktu sebelumnya, terdapat beberapa kes rompakan berlaku di sekitar kawasan kediaman Byron. Ini termasuklah rumah Byron sendiri dengan dia telah kehilangan pelbagai barangan berharga seperti wang berjumlah $4000, duit syiling, pingat ketenteraan dan jam zaman perang dunia kedua milik mendiang bapanya. Selepas dapat mengagak waktu rompakan akan berlaku, Byron membuat segala persiapan rapi dengan memarkir trak miliknya di sebuah kawasan yang berjauhan dari rumahnya. Byron berbuat sedemikian adalah sebagai tanda kononnya dia tiada berada di rumah. Selain itu, Byron turut memadamkan lampu, memasang kamera litar tertutup dan menyediakan pita rakaman suara untuk merekod kejadian. Akhir sekali, dia duduk menunggu di tingkat bawah rumah sambil memegang senapang.
Jadi pada hari kejadian, Nicholas selaku sebagai individu
pertama yang memecah masuk rumah Byron telah ditembak sebanyak tiga kali iaitu
dua tembakan di tangga dan satu lagi tembakan sewaktu dia terjatuh daripada
tangga tersebut. Mayat Nicholas kemudian diheret oleh Byron untuk diletakkan ke
dalam sebuah bilik lain. Sementara itu, Hailey yang mendengar bunyi tembakan
terus bergegas mencari Nicholas sebelum dia ditembak pada bahagian kepala, mata
dan dagu. Byron sempat bercakap bersendirian sebagai latihannya untuk
memberikan keterangan kepada pihak polis. Bagi mendapatkan gambaran lebih
terperinci tentang insiden ini, boleh tonton yang tersedia di bawah. (Sila
langkau ke 00:42). Turut kedengaran, suara Hailey menjerit sewaktu terkena
tembakan.
Memandangkan hari kejadian itu adalah Hari Kesyukuran, Byron hanya membuat laporan polis pada keesokan harinya kerana dia enggan untuk mengganggu anggota polis yang sedang bercuti. Berhubung dengan perbicaraan kes, berlakunya perdebatan samada kematian Nicholas dan Hailey adalah satu kes pembunuhan atau Byron cuba untuk mempertahankan diri. Byron mendakwa bahawa Nicholas dan Hailey pernah merompak rumahnya sebelum ini hingga menyebabkannya hidup dalam ketakutan. Hasil keputusan perbicaraan pada 29 April 2014, Byron yang didapati bersalah atas dua pertuduhan membunuh peringkat pertama telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup tanpa sebarang peluang pembebasan bersyarat.
Catat Ulasan for "KISAH BYRON DAVID SMITH : Jangan Bernafas "