Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH DMITRY DAN NATALIA : Pasangan Kanibal Paling Gila

Dmitry Baksheev

    Dmitry Baksheev yang dilahirkan pada tahun 1982 bertempat di selatan negara Rusia digambarkan sebagai seorang lelaki pemalu berperangai pelik. Sejurus selepas kelahirannya, Dmitry telah dihantar oleh ibunya ke rumah anak yatim piatu. Hinggalah usia Dmitry mencecah tiga tahun, ada sepasang suami isteri yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat. Dmitry bagaimanapun terpaksa melalui detik menyedihkan pada usia 15 tahun selepas ibu angkatnya itu meninggal dunia kerana mengidap penyakit kanser. Tidak lama kemudian, Dmitry telah dihalau pula keluar dari rumah oleh bapa angkatnya. Rentetan daripada perkara tersebut, Dmitry terpaksa hidup berdikari dengan menjadi seorang gelandangan di mana dia pernah dihukum penjara atas kesalahan mencuri dan merompak. Selepas keluar dari penjara, Dmitry telah bekerja sebagai seorang bunuh binaan.

    Dmitry seterusnya bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Natalia di sebuah bar. Mengenai Natalia, dia yang tujuh tahun lebih tua daripada Dmitry pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum bertemu dengan Dmitry. Selain itu, Natalia juga adalah seorang bekas jururawat yang telah diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan alkohol dan dadah. Selepas berkahwin, Dmitry dan Natalia tinggal dalam sebuah bilik asrama sekolah tentera yang berpangkalan di bandar Krasnodar. Harus diketahui, mereka berdua mengamalkan gaya hidup anti sosial.

Dmitry dan Natalia

    Diringkaskan cerita iaitu bersamaan pada 11 September 2017, seorang pekerja buruh binaan menemui sebuah telefon di tepi jalan. Dia yang membelek telefon tanpa sebarang kata laluan itu kemudian benar-benar berasa terkejut selepas melihat pelbagai jenis gambar ngeri mayat manusia dalam telefon berkenaan. Ini termasuklah gambar swafoto seorang lelaki sedang memasukkan jari manusia ke dalam lubang hidung dan mulutnya. Hasil siasatan serba tangkas daripada pihak polis, mereka dapat menjejaki Dmitry sebagai pemilik telefon tersebut.

    Di dalam rumah Dmitry, pihak polis telah berdepan dengan detik yang sungguh menyeramkan. Mereka menemui banyak serpihan daging mayat dan organ manusia dengan ada yang disimpan dalam bekas balang. Malah, terdapat juga 19 kulit manusia yang telah siap disiat. Paling mengerikan adalah penemuan foto yang menunjukkan satu kepala manusia diletakkan di atas pinggan dengan dikelilingi buah oren sebagai hiasan. Tak cukup dengan itu, ada sebuah buku resepi tulisan Natalia mengenai cara menyediakan makan malam dengan menggunakan mayat manusia. Lagi perkara tidak masuk akal, rakaman video tutorial oleh pasangan kanibal tersebut tentang cara untuk memotong daging manusia.

    Satu-satunya mangsa yang dapat disahkan sebagai mangsa pembunuhan Dmitry adalah seorang wanita bernama Elena Vakhrusheva. Kejadian yang disyaki berlaku pada bulan September 2018 tersebut dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara Natalia dengan Elena. Mereka berdua dipercayai bertengkar selepas Natalia menuduh Elena pernah tidur bersama Dmitry. Nasib malang menimpa Elena apabila Dmitry kemudian telah bertindak untuk menikamnya sampai mati. Dmitry bertindak sedemikian selepas disuruh oleh Natalia.

    Berdasarkan dakwaan serta pengakuan yang dibuat oleh Natalia, dia dan suaminya itu memulakan pembunuhan berantai sejak dari tahun 1999 lagi. Sekurang-kurangnya, seramai 30 orang individu yang telah menjadi mangsa pembunuhan Dmitry dan Natalia. Mangsa akan diberikan dadah terlebih dahulu sebelum diseksa lalu dibunuh dengan begitu kejam. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes yakni pada bulan Februari 2019, Natalia yang menerima pertuduhan melakukan hasutan pembunuhan telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Tiga bulan berikutnya, Dmitry pula dipenjarakan 12 tahun dalam penjara yang paling ketat tahap keselamatannya. Bulan Februari 2020, Dmitry meninggal dunia akibat penyakit diabetes. 

Catat Ulasan for "KISAH DMITRY DAN NATALIA : Pasangan Kanibal Paling Gila"