Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN ANEH JOSHUA MADDUX : Lelaki dalam Cerobong Asap

    Joshua Maddux dilahirkan pada 9 Mac 1990 bertempat di Woodland Park, Colorado, Amerika Syarikat. Mengenai ibu bapa Joshua, mereka berdua telah pun bercerai. Jadi, Joshua serta dua orang lagi kakaknya yang bernama Kate dan Ruth tinggal bersama dengan bapa mereka iaitu Mike. Tahun 2006, Zachary yakni abang kepada Joshua yang berusia 18 tahun telah membunuh diri akibat kemurungan.

    Joshua yang berpenampilan dengan rambut panjang adalah seorang pencinta alam sekitar. Dia yang mempunyai bakat bermain alat muzik gitar bukan saja seorang yang sangat pintar dalam bidang akademik, malah sikap Josh turut disenangi oleh rakan-rakan di sekelillingnya. Dalam erti kata lain, Joshua bukannya seorang yang bermasalah.

    Kisah sebenar bermula pada 8 Mei 2008 apabila Joshua telah keluar dari rumah untuk pergi berjalan mengambil angin seperti kebiasaan yang dia lakukan. Namun apa yang berlaku kemudian, Joshua langsung tidak pulang semula ke rumah untuk beberapa hari. Lima hari berikutnya, Mike yang sudah berusaha keras untuk mengesan Joshua telah pergi membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya itu.

    Pihak polis seterusnya melakukan operasi pencarian di serata tempat. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu, pihak polis tetap gagal menemui sebarang petunjuk. Berdasarkan siasatan awal yang dibuat oleh pihak polis, mereka mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kehilangan Joshua. Rentetan daripada perkara tersebut, maka pihak polis menyenaraikan Joshua sebagai kes orang hilang.

Gambar sekadar hiasan

    Pada bulan Ogos 2015, seorang lelaki berusia 80 tahun bernama Chuck Murphy telah membuat keputusan untuk merobohkan rumah kabin kayu miliknya yang sudah terbiar sejak dari tahun 2005. Harus diketahui, rumah kabin kayu itu yang pada sebelumnya Chuck jadikan sebagai tempat simpanan barang terpaksa dirobohkan untuk proses pembangunan hartanah. Semasa proses perobohan dijalankan, terdapat satu rangka manusia yang telah ditemui di dalam cerobong asap kabin tersebut. Posisi mayat berkenaan berada dalam posisi membongkok seperti janin. Mengejutkan, mayat itu telah dikenalpasti sebagai Joshua Maddux. Pengesahan tersebut dibuat menerusi semakan rekod pergigian Joshua.  

    Penemuan mayat Joshua itu ternyata benar-benar memeranjatkan keluarganya. Manakan tidak, lokasi kabin tersebut terletak hanya kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka. Perkara ini memang tidak diduga sama sekali. Chuck juga telah memberitahu pada sepanjang tempoh waktu kehilangan Joshua, tiada sekarang benda mencurigakan di dalam kabin itu terutamanya bau mayat. Hasil laporan forensik, kematian Joshua dipercayai sebagai tidak sengaja dengan punca kematiannya adalah akibat dehidrasi dan hiportemia. Mengikut teori, Joshua telah memasuki cerobong asap itu melalui bumbung kabin sebelum dia akhirnya tersekat. Lagi menyedihkan, tiada sesiapa pun yang mendengari jeritan pertolongan Joshua. Walau bagaimanapun, ramai pihak tidak mempercayai bahawa Joshua mati akibat sedemikian. Berkemungkinan besar, ada sesuatu yang buruk menimpa Joshua. Dakwa Chuck, dia sudah lama memasang dawai besi pada cerobong asap itu. Maka, adalah sesuatu yang mustahil Joshua boleh terjatuh hingga menyebabkannya tersekat. Cuma masalah besarnya, dawai besi yang dimaksudkan oleh Chuck langsung tidak dapat untuk ditemui sejak penemuan mayat Joshua.

    Lain-lain lagi perkara pelik, terdapat sebuah papan kayu yang dicabut dari dinding dapur kabin untuk dijadikan sebagai sekatan di lubang keluar masuk dalam cerobong asap tersebut. Baju, kasut serta stoking milik Joshua pula tersusun kemas di luar tempat pembakaran api. Bila difikir semula, apa rasional Joshua menanggalkan sebahagian pakaiannya semasa di dalam kabin sebelum keluar semula untuk memanjat bumbung lalu memasuki cerobong asap. Bagaimana pula tentang papan kayu itu? Jika dilihat posisi mayatnya semasa ditemui, Joshua berkemungkinan besar memasuki kepalanya terlebih dahulu untuk ke turun ke dalam cerobong asap. Perkara ini sepertinya tidak masuk akal melainkan Joshua telah dilempar atau ditolak oleh seseorang. Bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian, sila tonton video di bawah.

    Satu-satunya individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian Joshua adalah seorang lelaki bernama Andrew Richard Newman. Dia yang disyaki sebagai individu terakhir melihat Joshua kini berada dalam penjara atas kesalahan membunuh seorang lelaki cacat di New Mexico. Bagaimanapun, masih kurang mengapa Andrew tidak dipernah soal siasat oleh pihak polis berhubung dengan kes Joshua.

1 ulasan for "KISAH KEMATIAN ANEH JOSHUA MADDUX : Lelaki dalam Cerobong Asap"