Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM CHRISTINE SILAWAN

Christine Silawan


IKLAN




YOUR FAVORITE 3 FLAVOUR COOKIES 🍪🍪🍪🍪🍪 BY DOUBLE HUNGRY.

1) Chocolate Chip Cookies coated with melted Callebaut 

2) Blackout Cookies coated with melted white choc Callebaut

3) Chocolate Chip cookies coated with melted Callebaut + premium Mint Flavour. 

Our COOKIES 🍪🍫 :

-100% using pure butter
-melted with chocolate CALLEBAUT
- baked using premium ingredients
- Cookies baked 💯 by DH team (Muslim Bakers)
- weight : 600ml ( 330-35gm)
- RM27 /pax

Agent Ayuni (Melaka)



TAMAT IKLAN


    Christine Lee Silawan yang dilahirkan pada 26 Mac 2003 merupakan seorang gadis remaja kelahiran Filipina. Dia digambarkan seorang anak yang baik, lemah lembut, pintar dan juga mendengar kata orang tuanya. Selain itu, Christine yang mempunyai minat membaca sering aktif dalam aktiviti gereja yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

    Diringkaskan cerita iaitu pada tanggal 10 Mac 2019 yakni bersamaan dengan hari Ahad, Christine yang berusia 16 tahun telah pergi ke gereja. Apa yang berlaku kemudian, Christine langsung tidak pulang ke rumah. Ibu Christine yang berasa sangat bimbang kemudian pergi membuat laporan polis tentang kehilangan anak gadis kesayangannya itu. Keesokan hari, mayat Christine yang separuh bogel telah ditemu ioleh orang awam dalam keadaan benar-benar mengerikan di sebuah kawasan lapang bertempat di bandar Lapu-Lapu. Lagi mengerikan, mukanya hanya tinggal tengkorak. Perkara ini bermaksud, kulit serta isi muka Christine telah disiat dan dilapah. Melihat cara pembunuhan tersebut, Christine pada mulanya disyaki sebagai mangsa korban ritual.

    Hasil laporan bedah siasat, Christine telah dirogol sebelum dibunuh. Mukanya turut disimbah dengan asid sulfurik. Pada bahagian leher Christine, ada kesan cekikan yang menandakan dia telah dicekik dengan tali. Terdapat juga 30 kesan tikaman pada tubuh badan Christine. Lidah, esofagus, trakea dan telinga kanan Christine pula hilang dipercayai akibat dimakan oleh binatang sejurus selepas mayatnya dibuang. Berdasarkan pemeriksaan serta penilaian yang dibuat oleh pakar forensik, sekurang-kurangnya tiga orang individu bertanggungjawab atas kematian Christine.

    Setelah berita pembunuhan kejam Christine tersebar luas di media sosial, ramai pihak mendesak pihak berkuasa di Filipina untuk mengenakan hukuman mati terhadap pelaku. Selepas pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci, mereka telah menahan seorang lelaki bernama Jonas Martel Bueno. Penahanan tersebut dibuat berikutan Jonas sebelum itu disyaki sebagai suspek utama pembunuhan seorang petani berusia 62 tahun yang mati dibunuh dengan kulit mukanya disiat. Pihak polis bagaimanapun tidak dapat mengaitkan Jonas dengan kematian Christine susulan ketiadaan bukti kukuh. Bahkan Jonas tidak membuat sebarang pengakuan berkaitan dengan kematian Christine.

Rakaman CCTV

    Suspek kedua yang ditahan oleh pihak polis adalah bekas teman lelaki Christine berusia 17 tahun yang hanya dikenali oleh pihak media sebagai John. Dia merupakan satu-satunya individu terakhir yang dilihat bersama Christine. Semakan pada kamera litar tertutup mendapati John ada jalan bersama dengan Christine pada malam kejadian. Motif pembunuhan berkemungkinan besar bermotifkan perasaan cemburu kerana hubungan mereka berdua telah pun berakhir pada beberapa hari sebelum itu. Jadi, John disyaki menggunakan akaun Facebook palsu untuk mengajak Christine berjumpa lalu melakukan pembunuhan. Pihak polis telah menjadikan perbualan aplikasi Messenger antara John dan Christine sebagai bukti untuk membuat pertuduhan terhadap John. Bagaimanapun, John yang menafikan pertuduhan tersebut dikatakan mempunyai alibi kukuh berada di tempat lain sewaktu kejadian berlaku.

Renato Llenes

    Bulan April 2019, kes menjadi semakin gempar apabila seorang lelaki berusia 43 tahun yang bernama Renato Llenes telah tampil membuat pengakuan tentang pembunuhan Christine. Pengakuan itu dibuat Renato selepas dia bersimpati dengan nasib John yang dituduh sebagai pembunuh Christine. Cerita Renato tentang malam kejadian, dia telah berkenalan dengan Christine menerusi akaun Facebook palsu sebelum kedua-dua mereka bersepakat untuk berjumpa. Setelah berjumpa, Christine terus menjadi ketakutan kerana Renato sebenarnya adalah seorang lelaki yang sudah pun berusia. Saat Christine memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki, Renato yang berada di bawah pengaruh dadah terus menyerang gadis remaja malang tersebut dengan gunting. Seperkara perlu diketahui, Renato mendakwa bertindak menyiat kulit muka Christine sebagai tanda menyahut cabaran Momo Challenge yang sedang hangat diperkatakan di laman media sosial waktu itu. Keputusan ujian makmal juga mendapati DNA Renato dan Christine adalah sepadan dengan DNA yang ditemui pada gunting senjata pembunuhan.

    Memasuki bulan Jun 2019, kes menjadi semakin rumit apabila Renato telah menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Tidak dapat dipastikan mengapa dia tiba-tiba bertindak sedemikian. Renato sepatutnya dibicarakan pada bulan April 2020, namun perbicaraan ditangguhkan kerana pandemik Covid19. Sebulan selepas itu, Renato ditemui mati dalam penjara akibat bunuh diri dengan cara menggantung lehernya. Ada dakwaan yang mengatakan Renato membunuh diri kerana dibuli dan menerima ugutan secara berterusan daripada keluarga Christine.

    Walaupun kes Christine sudah dianggap selesai, kesudahan sebenar kes masih lagi terus menjadi persoalan. Ramai pihak percaya bahawa John adalah pembunuh sebenar memandangkan dia adalah sebagai individu terakhir yang berada di sisi Christine. Mengenai Renato, adakah benar segala pengakuan yang telah dibuatnya? Mungkinkah dia dan John adalah rakan subahat? Tiada siapa tahu. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM CHRISTINE SILAWAN "