KISAH PEMBUNUHAN KEJAM KELUARGA ANDERSON
Keluarga Anderson |
Carnation adalah sebuah pekan terpencil yang terletak
kira-kira 40 kilometer dari bandar Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Di kawasan
situlah terletak sebuah kediaman yang didiami oleh sebuah keluarga bernama Anderson.
Pada sehari sebelum menjelang perayaan Krismas tahun 2007, keluarga Anderson
itu telah mati akibat dibunuh dengan kejam secara tembakan pistol.
Kisah bermula pada petang 24 Disember 2007 apabila seorang
wanita berusia 27 tahun bernama Michele Anderson telah pulang ke rumah
keluarganya dengan membawa sekali kekasihnya iaitu Joseph McEnroe bagi
menyambut perayaan Krismas. Tidak lama selepas memasuki rumah tersebut, Michele
terus cuba melepaskan tembakan terhadap bapanya, Wayne Scott Anderson (60
tahun). Walaubagaimanapun, pistol yang digunakan oleh Michele telah tersekat
sekaligus memaksa Joseph menembak mati Wayne diikuti dengan isteri Wayne iaitu
Judy (61 tahun). Sementara menunggu kedatangan abangnya, Michele dan Joseph menghabiskan
masa untuk membersihkan bukti di lokasi kejadian. Perkara ini termasuklah mengalihkan
mayat, membersihkan darah dengan cara mengelap dan mengemop lantai.
Scott Anderson kemudian tiba di lokasi kejadian bersama dengan isteri serta dua orang anaknya. Isteri Scott bernama Erica (32 tahun) manakala anaknya pula adalah Olivia (5 tahun) dan Nathan (3 tahun). Sebaik tiba di bahagian ruang tamu, Scott terus ditembak oleh Michele. Begitu juga dengan nasib yang menimpa terhadap Erica, Olivia dan Nathan. Harus diketahui, Erica sempat untuk menghubungi pihak talian kecemasan untuk seketika sebelum dia mati ditembak. Menyedari panggilan telefon yang dibuat Erica, Michele dan Joseph terus bergegas untuk melarikan diri. Seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan di lokasi kejadian tidak berbuat sedemikian selepas pintu pagar rumah keluarga Anderson didapati berada dalam keadaan berkunci.
Mayat keluarga hanya ditemui pada dua hari berikutnya selepas pihak polis mendapat maklumat daripada rakan baik Judy bernama Linda Thiele yang juga merupakan rakan sekerjanya. Linda pada mulanya berasa bimbang berikutan Judy yang tidak datang bekerja telah gagal untuk dihubungi. Rentetan daripada perkara itu, Linda pun pergi ke rumah Judy bagi membuat pemeriksaan. Apa yang berlaku kemudian, Linda telah menemui mayat anggota keluarga Anderson. Mengenai Michele dan Joseph, mereka berdua terus ditangkap oleh pihak polis selepas kelakuan mereka dilihat berada dalam keadaan yang begitu mencurigakan. Michele dan Joseph sebelum itu telah kembali semula ke rumah keluarga Anderson dengan alasan ada tertinggal barangan penting. Pasangan kekasih berkenaan dikatakan langsung tidak menyoal soal kehadiran dan tujuan pihak polis yang ada berada di lokasi kejadian pad.a waktu tersebut.
Michele dan Joseph seterusnya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Berdasarkan pengakuan awal yang dibuat oleh Michele, dia mengaku melakukan pembunuhan yang sudah dirancang selama berminggu-minggu itu adalah kerana keluarganya semakin menjengkelkan. Jelas Michele, Scott enggan untuk membayar wang hutangnya dengan Michele yang berjumlah sebanyak $40 000. Lagi menyakitkan hati Michele apabila kedua-dua orang tuanya telah menyebelahi Scott. Dia juga terpaksa menembak Olivia dan Nathan kerana berasa khuatir anak buahnya itu akan menjadi saksi perbicaraan. Sementara itu, Joseph pula menyalahkan Michele sepenuhnya dengan segala apa yang sudah berlaku. Joseph mendakwa dirinya yang diperdayakan Michele telah diperlakukan seperti seekor anjing.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM KELUARGA ANDERSON "