Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI ADA 16 ORANG ISTERI SERTA 151 ORANG ANAK NAK KAHWIN LAGI

    ZIMBABWE – Seorang lelaki pesara tentera berusia 66 tahun bernama Misheck Nyandoro yang sudah mempunyai seramai 16 orang isteri serta 151 orang anak telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin selagi boleh. Malah Misheck dijangka akan melangsungkan perkahwinan buat kali ke-17 pada musim sejuk nanti sekaligus meneruskan projek poligami yang dimulakannya sejak dari tahun 1983.

    Impian Misheck, dia ingin mempunyai seramai 100 orang isteri dan 1000 orang anak sebelum dia meninggal dunia. Paling penting, bakal isterinya nanti adalah terdiri daripada wanita muda kerana  isteri tuanya sudah lagi tidak mengghairahkan dalam melakukan hubungan seks. Jelas Misheck yang juga seorang penganggur, dia akan berhubungan seks dengan empat orang isterinya pada setiap malam secara bergilir mengikut jadual kerana itu sememangnya adalah kerja sepenuh masanya.

    Walaupun jumlah anggota keluarganya sangat ramai, Misheck langsung tidak terbeban dengan keadaan tersebut. Lagipun dia sering diberikan wang dan hadiah daripada anak kandung dan anak tirinya. Enam orang anak Misheck bekerja sebagai anggota tentera, dua orang anggota polis dan 11 orang lagi bekerjaya dalam pelbagai profesion. Sementara itu, 13 orang anak perempuan Misheck pula sudah pun berkahwin. Begitu juga 23 orang anak lelaki Misheck di mana salah seorang daripada mereka kini mengikut jejak langkah bapanya dengan mempunyai empat orang isteri.

    Mengenai isteri-isteri Misheck, mereka dikatakan hidup bahagia bersama Misheck. Tugas utama mereka adalah menyediakan segala keperlua harian Misheck. Harus diketahui, Misheck tegas dalam bab masakan kerana dia hanya makan masakan yang sedap. Jika masakan isterinya kurang menepati seleranya, Misheck akan membuang makanan tersebut sebagai tanda supaya cara masakan diperbaiki.

Catat Ulasan for "LELAKI ADA 16 ORANG ISTERI SERTA 151 ORANG ANAK NAK KAHWIN LAGI"