PERAMPAS ITU IBUKU
Dari kiri : Georgina, Jess dan Ryan |
Kisah yang berlaku pada bulan Februari lepas ini bermula
apabila seorang wanita bernama Jess Alridge (24 tahun) selamat melahirkan anak
keduanya yang dinamakan sebagai Reuben. Selepas dibenarkan untuk keluar dari
hospital, Jess pun membawa bayinya itu pulang ke rumah ibunya iaitu Georgina
(44 tahun). Setibanya di rumah tersebut, Jess berasa cukup terkilan selepas
mendapat tahu dia sudah menjadi mangsa pengkhianatan oleh orang yang dipercayainya.
Georgina yakni ibu kandung Jess telah melarikan diri bersama dengan teman
lelaki Jess iaitu Ryan Shelton (29 tahun). Dalam erti kata lain, Georgina
menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki anaknya sendiri. Pasangan
tersebut telah berpindah ke sebuah rumah lain yang terletak 48 kilometer dari
tempat tinggal asa;.
Sebelum kejadian, Jess bersama Ryan berpindah ke rumah
ibunya itu dengan harapan Georgina akan membantu menjaga Jess dalam segala
urusan harian selepasnya bersalin. Perkara ini termasuklah penjagaan terhadap
dua orang anak Jess. Namun apa yang berlaku kemudian, Georgina yang masih
mempunyai suami itu telah jatuh cinta kepada Ryan. Mereka berdua mula saling
mesra antara satu sama lain sebelum menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.
Jess memang sudah dapat menghidu perhubungan rahsia tersebut sejak dari awal
lagi. Walau bagaimanapun, perkara itu sering dinafikan oleh Georgina dan Ryan.
Kata Jess,
“Dia (Georgina) sepatutnya menjadi nenek kepada dua orang
anak saya dan membantu saya untuk menjaga mereka. Tapi sebaliknya, dia
mengkhianati saya dengan menjalinkan hubungan bersama teman lelaki saya.”
Ryan dan Jess (kiri), Jess dan Georgina (kanan) |
Paling menyedihkan Jess, Ryan yang bekerja sebagai penjual alat ganti kereta hanya sempat menjenguk Reuben selama beberapa minit di hospital sebelum dia melarikan diri bersama Georgina. Turut kecewa dengan peristiwa tersebut adalah Eric, suami kepada Georgina.
Sementara itu, Ryan dan Georgina yang masih tinggal bersama
tidak mempedulikan tentang segala apa yang diperkatakan oleh orang ramai kepada
mereka. Malah, hubungan tersebut sudah diumum secara rasmi di laman media
sosial akaun Facebook mereka. Jelas Ryan,
“Saya tidak kisah orang nak fikir apa, saya telah jatuh cinta dengan Georgina dan saya tidak peduli siapa yang tahu tentang perkara ini. Pendapat orang langsung tidak memberikan kesan terhadap saya. Saya sendiri tahu apa yang sudah berlaku."
Catat Ulasan for "PERAMPAS ITU IBUKU "