SIAPA AIDEN FUCCI?
Aiden Fucci |
AMERIKA SYARIKAT – Nama Aiden Fucci kini mula menjadi
sebutan netizen di laman media sosial susulan penangkapannya selepas dia
diyakini sebagai satu-satunya suspek utama pembunuhan utama terhadap seorang
gadis remaja berusia 13 tahun bernama Tristyn Bailey. Paling mencuri tumpuan, Aiden
yang berusia 14 tahun sempat untuk memuat gambar swafotonya di dalam kereta
polis dengan kapsyen “Hey guys has inybod seen Tristyn lately”. Gambar swafoto
itu dimuatnaik Aiden pada laman akaun Snapchat miliknya pada waktu sebelum
penemuan mayat Tristyn.
Tristyn Bailey |
Terdahulu, Tristyn dilaporkan hilang oleh keluarganya pada pagi 9 Mei 2021 selepas kali terakhir dia dilihat adalah berada di Durbin Amenity Center. Masih tidak dapat dipastikan apa yang Tristyn lakukan di kawasan situ atau samada Aiden ada bersamanya pada waktu itu. Setelah 16 jam operasi pencarian, mayat Tristyn kemudian berjaya ditemui di dalam sebuah hutan yang berhampiran dengan rumahnya. Berdasarkan pemeriksaan dan siasatan awal oleh pihak polis, mayat Tristyn yang ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dipercayai mati akibat tikaman dengan benda tajam. Pihak polis masih tidak mendedahkan sebarang butiran terperinci tentang cara pembunuhan tersebut. Namun, apa yang pasti ia adalah satu pembunuhan kejam.
Hasil penelitian kamera litar tertutup mendapati Aiden telah pulang ke rumah dengan berjalan kaki sambil memegang kasut putih jenama Nike miliknya sejurus selepas kejadian pembunuhan berlaku. Selain itu, keterangan yang diberikan Aiden kepada pihak polis juga dilihat sering tidak konsisten. Buat masa sekarang, status samada Aiden akan dibicarakan sebagai orang dewasa atau sebaliknya masih lagi tidak diketahui. Bagaimanapun sehingga 12 Mei 2021, petisyen yang menuntut Aiden untuk dibicarakan sebagai pesalah dewasa telah pun mengumpul lebih daripada 100 000 tandatangan. Jika benar Aiden dibicarakan sebagai orang dewasa, hukuman yang bakal diterimanya adalah penjara untuk seumur hidup.
Seperkara lagi yang perlu diketahui, bapa Aiden iaitu Jason Fucci pernah dipenjarakan pada tahun 2003 atas kesalahan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
Catat Ulasan for "SIAPA AIDEN FUCCI?"