WANITA DIBUNUH LALU DIKERAT TEMAN LELAKI SENDIRI
Kredit : VK.com |
RUSIA - Pada 20 Mei yang lepas, seorang wanita bernama Ksenia Ptichkina yang berusia 21 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya. Laporan itu dibuat selepas Ksenia gagal yang gagal untuk dihubungi langsung tidak pulang semula ke rumahnya. Pihak berkuasa kemudian menjalankan operasi pencarian Ksenia, namun gagal membuahkan sebarang hasil.
Hinggalah pada 24 Mei 2021 iaitu empat hari selepas kehilangan Ksenia, pihak polis telah menerima maklumat daripada pekerja kebersihan mengenai penemuan serpihan mayat manusia di dalam sebuah lubang pembetung. Berdasarkan pemeriksaan DNA pada kulit serta rambut mayat berkenaan, ia disahkan sebagai Ksenia. Serpihan mayat Ksenia itu dilaporkan ditemui di saluran pembetungan kawasan apartment lokasi tempat tinggal teman lelaki Ksenia. Rentetan daripada perkara tersebut, teman lelaki Ksenia yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Kredit : VK.com
Hasil soal siasat, teman lelaki Ksenia terbabit telah membuat pengakuan tentang pembunuhan Ksenia. Lagi kejam apabila mayat Ksenia dikerat kepada beberapa bahagian sebelum serpihannya dibuang ke dalam tandas.
Buat masa sekarang, pihak polis masih tidak mendedahkan motif sebenar pembunuhan kejam itu. Jika didapati bersalah, teman lelaki Ksenia bakal berdepan dengan hukuman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam penjara.
Kes masih lagi dalam siasatan lanjut.
Catat Ulasan for "WANITA DIBUNUH LALU DIKERAT TEMAN LELAKI SENDIRI"