KENALI HASNAIN WAREKAR, LELAKI YANG MEMBUNUH 14 ORANG ANGGOTA KELUARGANYA
Hasnain Warekar |
Pada tahun 2016, negara India telah dikejutkan dengan satu
pembunuhan sekeluarga beramai-ramai yang berlaku di bandar Thane, Maharashtra. Tidak
banyak butiran secara terperinci yang diketahui tentang kes ini. Cukuplah
sekadar untuk mengimbas kembali apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam
kejadian.
Hasnain Warekar merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun yang
bekerja sebagai seorang akauntan bertauliah bertempat di Navi Mumbai. Terdapat
laporan media yang berbeza-beza mengenai nama Hasnain dengan nama lainnya adalah
Hasnel Anwar Warekar, Husnail Varekar dan Asnain Anwar Warekar. Dia juga
merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.
Kisah bermula pada malam 28 Februari. Hasnain telah
mengadakan satu majlis makan malam besar bersama keluarganya. Dia bagaimanapun
meminta ketiga-tiga orang kakaknya yang tinggal berasingan itu untuk datang dengan
tanpa ditemani oleh suami mereka. Secara keseluruhannya, seramai 16 orang
anggota keluarga Hasnain (termasuk Hasnain) yang ada berada di rumah pada waktu
tersebut. Apa yang berlaku kemudian benar-benar tidak dijangka. Seramai 14 orang
daripada mereka telah mati dibunuh oleh Hasnain semasa mereka sedang tidur dengan
cara kelaran pada bahagian leher menggunakan pisau. Mereka yang terkorban
adalah ibu bapa Hasnain, isteri Hasnain, dua orang anak perempuan Hasnain, tiga
orang kakak Hasnain, empat orang anak saudara lelaki Hasnain dan dua orang anak
saudara perempuan Hasnain. Mereka semua dilaporkan telah berasa mengantuk
selepas menjamu makanan dan minuman yang dihidangkan oleh Hasnain. Hanya ada
seorang mangsa seorang saja terselamat iaitu adik perempuan Hasnain yang
bernama Subiya Bharmal (22 tahun). Dia yang sempat untuk menyembunyikan diri di
dalam sebuah bilik telah menjerit meminta pertolongan. Berkemungkinan besar akibat
mendengar jeritan tersebut, Hasnain bertindak membunuh diri dengan cara
menggantung diri di tangga rumah. Tidak jelas samada Hasnain memang berniat
untuk membunuh diri pada waktu selepas kejadian.
Satu-satunya perkara yang kekal menjadi misteri dalam kes ini adalah motif sebenar pembunuhan Hasnain. Ada beberapa teori termasuklah disebabkan masalah mental, kewangan dan konflik keluarga. Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak dapat membuktikan sejauh mana kebenaran untuk mana-mana teori itu.
Catat Ulasan for "KENALI HASNAIN WAREKAR, LELAKI YANG MEMBUNUH 14 ORANG ANGGOTA KELUARGANYA"