Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MIKHAIL POPKOV : Pembunuh Bersiri Paling Dahsyat di Rusia



IKLAN



“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 

Salah satu kasih sayang parents adalah dengan membekalkan ilmu agama yang secukupnya utk anak2 sejak kecil ❤️. Fiza rasa terharu sangat bila parents memilih produk BabyPianHQ sebagai salah satu alternatif untuk membantu anak2 mereka menghafal surah2 lazim dengan mudah☺️☺️. Button surah dekat Zikir Pillow tu pun boleh ditekan berulang kali 👍🏻.

⁣Jadi, Apa yang anda akan dapat bila beli Zikir Pillow?

✅11 ZIKIR (exclusive suara Sufian Suhaimi)⁣
✅7 DOA (exclusive suara Sufian Suhaimi)⁣
✅15 SURAH (Ustaz Fakhrul UNIC)⁣
✅Sleeping button⁣
✅Lampu yg cantik⁣
✅Bantal yg gebu⁣
✅Wish card⁣
✅Kotak yg sgt exclusive!!⁣
utk Fast Response, boleh PM fiza http://www.wassap.my/+60165989834 atau klik link di bawah😉



TAMAT IKLAN


Mikhail Popkov

    Mikhail Popkov adalah seorang perogol serta pembunuh bersiri dari Rusia dengan jumlah mangsa pembunuhannya diyakini seramai 83 orang wanita atau mungkin lebih daripada angka itu. Jadi, Mikhail kini mengatasi Andrei Chikatilo dan Alexander Pichushkin sebagai pembunuh bersiri paling dahsyat di Rusia yang telah membunuh ramai mangsa. Dia yang dijolok media dengan gelaran "The Werewolf" dan "Angarsk maniac" melakukan pembunuhan berantai tersebut dari tahun 1992 hingga 2010 di  Angarsk, Irkutsk dan Vladivostok.

    Mikhail atau nama sebenarnya iaitu Mikhail Viktorovich Popkov dilahirkan pada 7 Mac 1964. Tidak banyak yang diketahui tentang zaman kanak-kanak Mikhail. Namun apa yang dapat dipastikan iaitu sewaktu dia masih kecil, Mikhail sering didera oleh ibunya yang merupakan seorang kaki botol. Mikhail pernah bekerja sebagai seorang anggota polis selama beberapa tahun sebelum melepaskan jawatan bagi menjadi pengawal keselamatan di sebuah syarikat minyak. Selain itu, Mikhail mempunyai isteri dan seorang anak perempuan. Isteri Mikhail itu bernama Elena Popkova manakala anaknya pula adalah Ekaterina. Seperkara yang harus diketahui yakni di sebalik sisi gelapnya sebagai pembunuh kejam, Mikhail dikatakan sebagai seorang ketua keluarga yang baik serta sangat bertanggungjawab.

    Mengenai cara pembunuhan Mikhail, dia yang berpakaian seragam polis akan mengumpan mangsa untuk menaiki kereta bersamanya bagi menghantar mereka pulang ke rumah. Kebanyakan mangsa yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun bersetuju dengan pelawaan Mikhail atas statusnya sebagai anggota polis. Apa yang berlaku kemudian, mangsa akan dibawa Mikhail masuk ke dalam hutan. Di situlah mangsa dirogol, dibelasah, dipukul, dicekik dan ditikam. Mikhail menggunakan pelbagai jenis peralatan seperti kapak, kayu pemukul besbol, pemutar skru dan pisau untuk membunuh mangsanya. Lagi mengerikan apabila Mikhail turut melakukan aktiviti seksual dengan mayat. Selepas berasa puas berbuat sedemikian, barulah Mikhael beredar pergi dengan meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan bertelanjang. Mikhail kemudian berhenti membunuh setelah mengalami mati pucuk berpunca daripada kelamin siflis yang dialaminya. Sepanjang siri pembunuhan berantai Mikhail, cuma ada tiga orang wanita saja yang pernah menolak pelawaan Mikhail untuk menaiki kereta bersama dengannya.

Antara mangsa Mikhail

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu jugalah dengan nasib Mikhail. Dia telah ditangkap pada bulan Jun tahun 2012 susulan DNA miliknya didapati sepadan dengan DNA pada kesan tayar kereta yang ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis tempatan pada waktu sebelumnya dilaporkan gagal untuk menyelesaikan kes tersebut selama hampir dua dekad kerana mereka tidak pernah melakukan ujian pemeriksaan DNA terhadap anggota serta bekas anggota polis yang pernah berkhidmat di sekitar kawasan lokasi pembunuhan. Sewaktu penangkapan Mikhail, Ekaterina dilaporkan benar-benar tidak mempercayai bahawa bapanya adalah seorang pembunuh bersiri. Perkara ini berikutan Mikhail yang digambarkannya sebagai seorang bapa yang sangat penyayang. Mikhail sendiri pula begitu tenang dan bekerjasama baik dengan pasukan penyiasat semasa dalam tahanan.

Mikhail bersama dengan Ekaterina

    Tidak jelas tentang punca sebenar Mikhail melakukan pembunuhan berantai tersebut, Ada yang mengatakan semua itu adalah berpunca daripada isterinya yang telah berlaku curang. Ada juga yang berspekulasi Mikhail menyimpan dendam dengan ibunya hingga menyebabkan dia menjadi seorang yang begitu membenci kaum wanita. Berhubung dengan perbicaraan kes tahun 2015, Mikhail yang didapati bersalah terhadap 22 dakwaan membunuh dan dua dakwaan percubaan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Tiga tahun berikutnya, Mikhail disabitkan 56 dakwaan membunuh daripada 59 pembunuhan seperti yang diakuinya. Baki tiga lagi dakwaan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan bukti kukuh untuk menyabitkan Mikhail. Tahun 2020, Mikhail sekali lagi membuat pengakuan yang memeranjatkan ramai pihak di mana dia mengaku telah membunuh seramai 83 orang mangsa. Walau apapun, Mikhail tetap menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di penjara kerana di Rusia sudah tidak lagi mempunyai hukuman mati.  

Catat Ulasan for "KISAH MIKHAIL POPKOV : Pembunuh Bersiri Paling Dahsyat di Rusia"