KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DANIEL HALSETH
Pada 8 April 2021, sepasang kekasih remaja bernama Aaron Guerrero
dan Sierra Halseth telah keluar dari rumah masing-masing, Mereka berdua
kemudian bersama-sama pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang seperti
gergaji bulat , bahan api cecair, sarung tangan getah, kain dan lain-lain lagi
barangan. Apa yang berlaku seterusnya, pasangan kekasih itu telah membunuh
Daniel Halseth yang juga merupakan bapa kepada Sierra.Selepas pembunuhan
tersebut, Aaron dan Sierra bertindak menyalakan api kebakaran di rumah Daniel
bagi menghapuskan bukti. Selesai berbuat sedemikian, mereka berdua melarikan
diri dengan menaiki kereta Daniel. Malah, Aaron dan Sierra ada mencuri sejumlah
wang daripada akaun Daniel.
Aaron dan Sierra |
Tentang mayat Daniel, mayatnya telah ditemui oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 9 April. Berdasarkan laporan forensik, terdapat 70 kesan tikaman pada mayat Daniel yang mengalami rentung dari bahagian kaki hingga kepala. Seperkara yang harus diketahui yakni pada tiga hari selepas kematian Daniel, Aaron dan Sierra ada memuatnaik sebuah video berdurasi 46 saat ke laman Youtube. Dalam video berkenaan, mereka berdua yang kelihatan begitu mesra dan gembira telah membuat lawak jenaka tentang pembunuhan Daniel. Salah satu dialog dalam video tersebut berbunyi :
“Selamat datang ke halaman Youtube kami, hari ketiga selepas
pembunuhan seseorang.” kata Aaron sambil menunjukkan angka tiga jari pada
kamera. Begitu juga dengan Sierra. (Video boleh tonton di sini).”
Aaron dan Sierra bagaimanapun akhirnya berjaya ditangkap
oleh pihak polis pada tarikh 13 April 2021. Jadi apa sebenarnya yang sudah
berlaku hingga menyebabkan Daniel menjadi mangsa pembunuhan oleh anak
perempuannya sendiri?
Sebelum kejadian pembunuhan, Daniel adalah lelaki berstatus duda.
Dia telah bercerai dengan isteri iaitu Elizabeth Helgelien (ibu Sierra) pada
tahun 2011. Hak penjagaan Sierra serta dua orang lagi adik beradiknya diberikan
kepada Elizabeth yang juga merupakan seorang ahli politik berpengaruh. Walaupun
Daniel pernah mempunyai rekod penangkapan sebagai pesalah keganasan domestik,
dia dikatakan begitu menyayangi ketiga-tiga orang anaknya. Lagi menggembirakan
Daniel apabila semua anaknya itu sudi untuk tinggal bersama dengannya pada
tahun 2020. Malah Daniel sering melakukan hantaran mengenai Sierra dan
memuatnaik gambar anak perempuan kesayangannya itu di laman media sosial.
Bulan Jun 2020 telah mengubah segala-galanya. Sierra mula
berkenalan dengan Aaron sebelum saling jatuh cinta. Daniel secara
terang-terangan jelas menentang perhubungan tersebut kerana dia merasakan Aaron
bukanlah lelaki yang sesuai untuk Sierra. Setelah Daniel dan ibu bapa Aaron
mendapat tahu tentang rancangan anak mereka untuk melarikan diri bersama, maka mereka
berusaha sebaik yang mungkin bagi memisahkan Sierra dan Aaron. Rentetan
daripada perkara ini, maka Sierra dan Aaron sama-sama merancang untuk membunuh
Daniel.
Kes masih lagi dalam siasatan dengan Sierra dan Aaron yang kini ditahan tanpa dibenarkan untuk diikat jamin telah dikenakan pertuduhan melakukan pembunuhan, menyalakan api kebakaran, penipuan kad kredit dan rompakan. Perbicaraan kes dijangka bakal berlangsung pada 25 Jun bersamaan dengan hari Jumaat minggu ini.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DANIEL HALSETH "