KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ROBERT BECKOWITZ
Selepas pembunuhan itu, James dan Jeannine dengan di bawah
pengaruh dadah telah melakukan aksi ngeri dan kejam terhadap mayat Robert
selama tiga hari berturut-turut. Sepanjang tiga hari tersebut, mayat Robert
yang ditikam lebih daripada 80 kali turut dikerat kepada 14 bahagian. Keratan dengan
menggunakan gergaji yang dipinjam daripada ibu James itu termasuklah melibatkan
bahagian kepala Robert. Serpihan mayat Robert kemudian dimasukkan di dalam
bungkusan plastik. Selain itu, James dan Jeannine yang berkhayal telah mengambil
gambar untuk semua aksi yang tidak berkeperimanusiaan tersebut dalam keadaan
mereka berdua sedang berbogel. Malah pasangan kekasih itu bergambar bersama
mayat Robert dengan pelbagai gaya dan jenis posisi. Ada satu gambar yang
menunjukkan mulut Robert telah disumbat James dengan zakarnya yang telah
dikerat. Satu lagi gambar yang benar-benar mengerikan adalah gambar kepala
Robert yang diletakkan di atas sebuah kerusi.
Setelah berasa puas, barulah James dan Jeannine berhenti
melakukan lagak ngeri tersebut. Jeannine seterusnya bertindak untuk menghubungi
pihak polis bagi membuat pengakuan tentang pembunuhan Robert. Menurut Jeannine,
dia sebenarnya dipaksa serta diugut oleh James untuk melakukan aksi kejam
dengan mayat Robert. Jika Jeannine enggan berbuat sedemikian, maka James akan
membunuhnya. Walau bagaimanapun, ada beberapa orang saksi telah tampil dengan
memberi keterangan tentang Jeannine yang dilihat beberapa kali keluar masuk
rumah tempat berlakunya kejadian. Bahkan, terdapat saksi yang melihat Jeannine
pergi membeli gulungan kamera. Dalam erti kata lain, Jeannine memang bersubahat
dengan James.
Pada akhirnya, James dan Jeannine pun ditangkap oleh pihak
polis. Susulan penangkapan itu juga, James telah diletakkan di bawah pemantauan
oleh pakar psikiatri. Selepas disahkan waras, James telah menerima rundingan
pertuduhan untuk membuat pengakuan bersalah melakukan pembunuhan peringkat
kedua. Hukuman yang diterima James adalah penjara selama 30 hingga 50 tahun
penjara. Sementara itu, Jeannine yang didapati bersalah kerana terlibat bersama
mengerat mayat Robert pula cuma dihukum penjara untuk 10 tahun.
Berhubung motif sebenar pembunuhan Robert, perkara tersebut tidak pernah didedahkan kepada pihak umum. Tidak jelas samada James atau Jeannine adalah dalang sebenar pembunuhan. Apa yang dapat dipastikan, Jeannine kini sudah pun dibebaskan dengan lokasi tempat tingggalnya kekal menjadi rahsia. Begitu juga dengan James, namun tidak dapat disahihkan tentang berita pembebasannya. Ada yang berspekulasi bahawa James dan Jeannine berkemungkinan besar telah pun menukar nama masing-masing.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ROBERT BECKOWITZ"