Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH TAMARA SAMSONOVA : The Granny Ripper

Tamara Samsonova 

IKLAN


TAMAT IKLAN

    Sekali pandang, Tamara Samsonova dilihat sebagai seorang wanita bergelar nenek yang sangat baik. Namun pada tahun 2015, negara Rusia telah dikejutkan dengan berita penangkapannya selepas dia dikenalpasti sebagai pembunuh bersiri yang telah melakukan dua pembunuhan kanibal. Tamara kemudian diberikan jolokan oleh media Rusia dengan gelaran “The Granny Ripper” dan “Baby Yaga” .

    Tamara dilahirkan pada 25 April 1947 bertempat di bandar Uzhur. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Linguistik Negeri Moscow, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Alexei Samsonov. Tahun 2000, Tamara telah menghubungi pihak polis bagi membuat laporan mengenai kehilangan suaminya itu. Walaupun pihak polis sudah beberapa kali melakukan operasi pencarian, mereka tetap gagal untuk menemui Alexei. 

    Tidak lama selepas kehilangan Alexei, Tamara telah menyewakan salah sebuah bilik dalam apartmentnya kepada seorang lelaki berusia 44 tahun. Satu hari iaitu pada 6 September 2003, lelaki tersebut bertengkar dengan Tamara di mana pertengkaran itu berakhir dengan pembunuhan. Tidak jelas bagaimana lelaki tersebut dibunuh. Cuma apa yang dapati dipastikan, Tamara telah mengerat mayat lelaki itu kepada beberapa bahagian sebelum dibuangnya ke merata tempat.

    Sekitar bulan Mac 2015, apartment tempat tinggal Tamara menjalani proses pengubahsuaian. Disebabkan itu, dia telah pergi tinggal buat sementara di apartment seorang wanita tua berusia 79 tahun yang dikenali sebagai Valentina Nikolaevna Ulanova. Sampai satu masa, Valentina telah meminta Tamara untuk keluar dari apartment mengikut perjanjian mereka berdua pada sebelum ini. Walau bagaimanapun, Tamara enggan untuk berbuat sedemikian sekaligus mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua. Hinggalah satu hari, Tamara bertindak untuk meletakkan racun dalam makanan Valentina. Setelah Valentina tidak sedarkan diri, kepala dan badannya telah dikerat oleh Tamara dengan menggunakan gergaji. Lagi mengerikan apabila Tamara mengeluarkan paru-paru Valentina lalu dimasaknya. Serpihan mayat Valentina yang lain pula dimasukkan ke dalam plastik sampah untuk kerja-kerja pembuangan.

Rakaman kamera litar tertutup

    Tamara akhirnya ditangkap oleh pihak polis susulan mendapat aduan daripada penduduk apartment berhubung penemuan plastik sampah yang mengandungi serpihan mayat Valentina. Penangkapan Tamara dibuat hasil pengecaman melalui pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup bangunan apartment. Dalam rakaman berkenaan, Tamara dilihat beberapa kali keluar masuk bangunan apartment dengan membawa plastik sampah. Hasil penggeledahan dalam apartment Tamara, pihak polis ada menemui sebuah diari yang mengandungi butiran terperinci semua pembunuhan kanibal yang telah dilakukan oleh Tamara sepanjang tempoh 20 tahun.

    Menurut keterangan daripada beberapa orang jiran Tamara, wanita tua tersebut pernah ditahan selama beberapa bulan di hospital sakit jiwa. Terdapat laporan yang mengatakan Tamara mengidap penyakit skizofrenia. Berdasarkan pengakuan daripada Tamara, dia mendakwa telah melakukan sebanyak 13 pembunuhan sepanjang hidupnya. Pihak polis bagaimanapun mempercayai bahawa angka sebenar mangsa Tamara adalah lebih daripada itu dengan sekurang-kurangnya seramai 21 orang mangsa. Ini termasuklah suami dan ibu mentua Tamara sendiri yang tidak dipernah ditemui pun jasad mereka. Seperkara yang harus diketahui, Tamara dikatakan sangat menggemari bahagian paru-paru manusia. 

Flying kiss daripada Tamara

    Ujian psikiatri yang dijalankan terhadap Tamara mendapati dia adalah seorang yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam dan juga dirinya sendiri. Tamara kini dilaporkan diletakkan di bawah pemantauan pakar psikiatri hingga menunggu siasatan selesai.

Catat Ulasan for "KISAH TAMARA SAMSONOVA : The Granny Ripper"