Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH DUA PENDAKI WANITA YANG DISEMBELIH HIDUP-HIDUP DI MAGHRIBI


IKLAN


TAMAT IKLAN


    Pada 17 Disember 2018, Maghribi dikejutkan dengan berita penemuan dua mayat pendaki wanita warga Denmark dan Norway yang benar-benar dalam keadaan mengerikan. Mayat yang dikenalpasti sebagai Louisa Vesterager Jespersen dan Maren Ueland itu ditemui oleh sekumpulan pendaki Perancis di kawasan khemah berdekatan dengan laluan yang menghubungkan Imlil ke Gunung Toubkal. Mereka berdua telah mati akibat disembelih hidup-hidup oleh sekumpulan penyokong ISIS di mana video penyembelihan tersebut kemudian tersebar luas di laman media sosial.

    Mengenai mangsa, Louisa (23 tahun) berasal dari Denmark manala Maren (27 tahun) pula adalah rakyat Norway. Kedu-dua mereka yang bergelar sebagai pelajar Universiti Tenggara Norway telah tiba di bandar Marrakesh, Maghribi pada 9 Disember 2018 untuk melakukan ekspedisi pendakian. Louisa dan Maren kemudian terus memulakan perjalanan sebelum mendirikan khemah di sebuah kawasan terpencil atas pergunungan Atlas yang jaraknya mengambil masa dua jam perjalanan kaki dari perkampungan Imlil yakni lokasi persinggahan utama para pelancong. Imlil juga adalah titik utama perjalanan trek dan kembara pendakian di gunung Tubkal yang merupakan puncak tertinggi di bahagian utara Afrika. Seperkara yang harus diketahui, pelancongan merupakan salah satu sektor utama ekonomi negara Maghribi. Kali terakhir serangan pengganas yang berlaku adalah pada tahun 2011 bertempat di sebuah restoran terletak di Marrakesh. Serangan bom tersebut telah mengorbankan seramai 17 nyawa manusia.

    Berbalik dengan cerita Louisa dan Maren , khemah mereka berdua telah dicerobohi oleh sekumpulan penyokong ISIS. Louisa dan Maren dibunuh dengan cara tikaman dan penyembelihan. Malah, aksi ngeri itu telah dirakam oleh salah seorang penyerang dengan telefon untuk disebarkan. Dalam video berkenaan, Louisa dilihat berada dalam keadaan tertiarap dengan seluarnya dilucutkan. Sewaktu dikelar dengan kepala dipijak, dia sempat menyebut perkataan “emak” dalam bahasa Denmark sebelum lehernya terputus. Kumpulan penyerang tersebut mengikrarkan kesetiaan mereka kepada ISIS. Pembunuhan Louisa dan Maren adalah sebagai balas dendam untuk rakan seperjuangan mereka di Hajin. Beberapa hari sebelum kejadian, Hajin iaitu sebuah  bandar kecil di Syria yang sebelumnya di bawah kawalan ISIS telah dirampas oleh Pasukan Demokratik Syria dengan bantuan Amerika Syarikat.

    Tidak lama selepas penemuan mayat Louisa dan Maren, pihak berkuasa Maghribi berjaya menahan pembunuh mereka berdua pada masa yang begitu singkat. Bermula dengan penangkapan Abderrahim Khayali diikuti tiga orang lagi suspek yang dikenali sebagai Abdessamad Ejjoud, Rachid Afatti dan Younes Ouaziyad. Abdessamad Ejjoud diyakini sebagai ketua kumpulan terbabit. Penangkapan tersebut dibuat berikutan kad pengenalan milik salah seorang daripada suspek telah tercicir di lokasi kejadian pembunuhan. Secara keseluruhannya, ada 24 orang yang telah ditahan dengan tiga daripada mereka didakwa melakukan pembunuhan manakala mereka yang lain pula dikenakan pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengganas. Namun keputusan perbicaraan kes pada akhirnya menyaksikan Abdessamad Ejjoud, Rachid Afatti , Younes Ouaziyad dan Abderrahim Khayali telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka berempat yang kini masih menunggu pelaksanaan hukuman mati tersebut turut diarahkan untuk membayar sejumlah wang pampasan kepada keluarga mangsa.

Suspek

    Mayat Louisa dan Maren telah dihantar ke negara masing-masing pada empat hari selepas kejadian. Kedua-dua mereka dikebumikan pada bulan Januari 2019. Rakyat Maghribi yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam itu telah memohon maaf kepada keluarga Louisa dan Maren. Ada antara mereka yang pergi berhimpun dengan memegang papan tanda yang bertulis,

    ‘Minta maaf’

    ‘Bersemadilah Maren dan Louisa’

    ‘Terorisme tiada agama atau bangsa’

    Namun tidak kurang juga individu yang langsung tidak menjaga sensitiviti dengan sengaja berterusan menyebar video penyembelihan berserta gambar mayat Louisa dan Maren di laman media sosial. 

Catat Ulasan for "KISAH DUA PENDAKI WANITA YANG DISEMBELIH HIDUP-HIDUP DI MAGHRIBI"