KISAH TATSUYA ICHIHASHI : Catatan Seorang Pembunuh
Lindsay Hawker |
Lindsay Hawker yang dilahirkan pada tahun 1984 bertempat di
Coventry, England merupakan anak kepada pasangan Bill dan Julia Hawker. Dia
telah menamatkan pengajian ijazahnya dalam bidang biologi di Universiti of
Leeds pada tahun 2006. Di sebalik niat Lindsay untuk melanjutkan pengajian pada
peringkat Ijazah Sarjana, dia akhirnya membuat keputusan berangkat ke Jepun
bagi menjadi guru bahasa Inggeris. Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil
kira negara matahari itu adalah salah sebuah negara paling selamat di dunia.
Tahun 2006, Lindsay telah diterima untuk bekerja
sebagai tenaga pengajar di Nova iaitu pusat swasta pembelajaran bahasa Inggeris
yang terletak di Koiwa, Tokyo. Lindsay telah tinggal di sebuah apartment
bersama dengan dua orang lagi rakan sekerjanya yang lain. Selain itu, Lindsay
juga sentiasa berhubung dengan ibu bapa serta teman lelakinya pada setiap hari
secara e-mel, laman Skype dan panggilan telefon.
Pada 20 Mac 2006 yakni sewaktu Lindsay sedang dalam
perjalanan pulang ke rumah dari bekerja, dia tiba-tiba telah ditegur oleh
seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tersebut kemudian menyatakan hasratnya
untuk mempelajari bahasa Inggeris secara peribadi bersama Lindsay dengan kadar
bayaran tertentu. Lindsay bagaimanapun telah menolak tawaran itu secara baik
sebelum dia terus beredar pergi dengan menaiki basikal. Namun apa yang berlaku,
Lindsay dikejar oleh lelaki tersebut hingga ke kawasan apartment tempat
tinggalnya. Lelaki itu seterusnya meminta air minuman daripada Lindsay kerana
berada dahaga selepas mengejar Lindsay. Disebabkan berasa simpati, Lindsay pun
mengajak lelaki tersebut untuk masuk ke dalam apartment. Harus diketahui,
Lindsay berbuat sedemikian adalah kerana dia tahu dua orang rakan serumahnya
ada berada di apartment pada waktu berkenaan. Malah sebagai langkah
berjaga-jaga, Lindsay memperkenalkan lelaki tersebut kepada dua orang rakannya
itu. Sewaktu berada di dalam apartment Lindsay, lelaki tersebut telah melakar
lukisan wajah seorang wanita pada sehelai kertas. Turut tertera adalah tulisan nama,
nombor telefon dan alamat e-mel lelaki itu yang dikenali sebagai Tatsuya
Ichihasi.
Mengenai latar belakang Tatsuya, dia dilahirkan pada tahun 1979. Keluarganya adalah daripada golongan berada di mana bapa Tatsuya merupakan seorang doktor perubatan manakala ibunya pula bekerja sebagai doktor pergigian . Setelah tamat pengajian di Universiti Chiba pada tahun 2005, Tatsuya menjadi seorang penganggur dengan setiap bulan dia akan menerima wang perbelanjaan daripada ibu bapanya. Tatsuya juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi pernah mempunyai satu kes menyerang dan merompak seorang wanita. Namun kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah selepas bapa Tatsuya bersetuju untuk membayar wang pampasan kepada mangsa. Seperkara lagi, Tatsuya obses dengan tubuh badannya serta komik Manga.
Berbalik kepada cerita Lindsay, dia pada akhirnya bersetuju
untuk menjadi mengajar Tatsuya bahasa Inggeris. Sesi pembelajaran pertama
mereka pada waktu pagi bertarikh 24 Mac 2006 yang diadakan di sebuah kafe.
Sebaik selesai sesi tersebut, Tatsuya memberitahu Lindsay bahawa dia telah
terlupa untuk membawa wang. Jadi, Tatsuya pun mengajak Lindsay untuk pergi ke
apartment tempat tinggalnya. Mereka berdua seterusnya menuju ke lokasi
apartment dengan menaiki teksi. Pemandu teksi itu kemudian meninggalkan lokasi
terbabit berikutan Lindsay tidak muncul semula seperti yang telah
dijanjikannya.
Tatsuya Ichihashi |
Susulan mendapati rakan mereka yang langsung tidak pulang ke rumah selepas bertemu dengan Tatsuya, dua orang rakan serumah Lindsay tanpa berlengah masa terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangannya. Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis pun bergegas pergi ke apartment Tatsuya bagi melakukan pemeriksaan. Menyedari kedatangan polis, Tatsuya bertindak untuk melarikan diri dengan berkaki ayam lalu menghilang entah ke mana. Perkara ini menyebabkan pihak polis mendapat kecaman dan kritikan kerana dilihat sambil lewa dalam menangani kes. Hasil pemeriksaan di apartmen Tatsuya, pihak polis telah menemui mayat Lindsay dengan keadaan telanjang serta berikat di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan pasir dan tanah kompos. Tatsuya berkemungkinan besar samada cuba menanti masa yang sesuai untuk menanam mayat Lindsay atau menunggu mayat Lindsay mereput. Apa yang dapat dipastikan, Lindsay telah dirogol terlebih dahulu sebelum mati dibunuh dengan cara cekikan. Terdapat kesan kecederaan lebam pada badan Lindsay yang menunjukkan dia cuba untuk melawan Tatsuya pada saat-saat akhir hidupnya. Selepas Lindsay dibunuh, rambutnya dicukur oleh Tatsuya.
Tentang Tatsuya, dia telah menjadi buruan pihak polis selama
dua tahun setengah. Sepanjang tempoh pelarian Tatsuya, dia yang tinggal di
merata tempat sentiasa mengikuti perkembangan mengenai operasi pemburuannya.
Rentetan daripada perkara itu, Tatsuya mengubah penampilan wajah hingga dia
sanggup membuang tahi lalat pada pipi dan menggunting bibir sendiri supaya
tidak dapat dicam. Tatsuya juga telah melakukan beberapa pembedahan plastik di
beberapa buah klinik. Pembedahan ini termasuklah pada bahagian hidung.
Pengakhiran kisah Tatsuya, dia telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup. Tatsuya tidak menerima hukuman mati kerana ia merupakan kesalahan pertamanya. Di negara Jepun, hukuman mati hanya boleh dipertimbangkan untuk mereka yang telah membunuh lebih daripada seorang mangsa. Tatsuya ada menghasilkan sebuah buku berjudul “Until I Was Arrested” yang ditulisnya semasa dalam penjara. Buku itu mengisahkan tentang apa yang telah dilakukannya dalam tempoh dua tahun setengah hidup dalam buruan pihak polis. Tatsuya telah menawarkan semua royalti hasil penerbitan buku tersebut akan diserahkan kepada pihak keluarga Lindsay. Walau bagaimanapun, keluarga Lindsay telah menolak mentah tawaran itu. Until I Was Arrested kemudian diadaptasi ke dalam filem berjudul I am Ichihashi : Journal of A Murderer pada tahun 2013 yang dibintangi oleh aktor Dean Fujioka.
IMDb |
Catat Ulasan for "KISAH TATSUYA ICHIHASHI : Catatan Seorang Pembunuh "