Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PLOT TWIST, CAROLINE CROUCH DIBUNUH SUAMI SENDIRI

    GREECE – Punca sebenar kematian kejam seorang ibu muda warga British berusia 20 tahun yang dibunuh di Athen pada awal bulan Mei lepas akhirnya terbongkar jua. Dia bukanlah dibunuh oleh sekumpulan perompak seperti yang telah didakwa oleh suaminya iaitu Charalambos Anagnostopoulos yakni seorang juruterbang helikopter berusia 32 tahun. Berlakunya plot twist di mana pembunuh yang sebenar adalah Charalambos sendiri. Perkara tersebut telah diumumkan ibu pejabat polis Athens selepas melakukan soal siasat terhadap Charalambos selama lebih dari 8 jam pada hari Khamis semalam.

    Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh Charalambos, dia bertindak mencekik Caroline sampai mati kerana isterinya itu membuat ugutan untuk meninggalkannya serta bayi perempuan mereka. Selepas Caroline mati, Charalambos kemudian merancang dengan teliti untuk menampakkan pembunuhan tersebut seakan-akan berlaku akibat rompakan. Hasil siasatan secara berterusan oleh pihak polis, Charalambos diyakini sebagai suspek utama setelah data aplikasi yang ada di dalam telefonnya didapati tidak selari dengan pergerakannya sewaktu kejadian berlaku. Selain itu, rekod nadi Caroline pada jam pintarnya juga menunjukkan nadinya telah berhenti lebih awal dari jangka waktu pembunuhan berlaku seperti yang didakwa oleh Charalambos.

    Charalambos dan Caroline melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada bulan Julai 2019 di Portugal selepas empat tahun berkenalan.

    “Charalambos adalah pelakon terhebat. Salah satu perkara terakhir yang dia lakukan di Alonissos adalah memeluk ibu Caroline sambil memberitahu bahawa dia akan pergi ke Athens untuk mengenalpasti suspek,” kata seorang anggota polis kepada akhbar Sun Online.

    Satu lagi sumber memberitahu, kes pembunuhan Caroline ini telah pun menjadi salah satu kes jenayah yang akan sentiasa diingati pada dekad ini.

Catat Ulasan for "PLOT TWIST, CAROLINE CROUCH DIBUNUH SUAMI SENDIRI"