TERAKAM KEJADIAN ROGOL
Seorang wanita yang bergelar ibu kepada seorang anak berdepan dengan detik mencemaskan apabila dia nyaris menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki tidak dikenali yang telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Mujur sajalah wanita itu berusaha keras untuk melawan balik sebelum dia dapat menyelamatkan diri. Wanita yang dikenali sebagai Sara Quintero (25 tahun) tersebut telah berkongsi rakaman kejadian itu di akaun laman Instagram miliknya. Hingga setakat ini, video tersebut mendapat tontonan lebih daripada 3 juta dan menerima 13 ribu komen.
Sewaktu kejadian yang dilaporkan berlaku di Apartado, Colombia itu, Sara yang juga merupakan seorang pelajar psikologi sedang merakam video bersempena dengan tugasan universiti. Apa yang berlaku kemudian, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengacu pisau terhadap Sara. Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu telah menyuruh Sara untuk duduk dan berbaring di atas katil. Walau bagaimanapun, Sara yang enggan untuk merelakan diri dirogol cuba untuk melepaskan dirinya daripada genggaman lelaki tersebut. Tidak lama selepas Sara dibawa keluar dari bilik itu, dia masuk semula ke dalam bilik seorang diri untuk mematikan rakaman video.
“Dia cuba menyentuh dan mencium saya. Dia enggan untuk
melepaskan saya dan berkata akan membunuh saya.”
“Saya selamat atas rahmat daripada Tuhan dan saya seorang
yang sentiasa berjuang untuk hidup saya.”
“Saya berjaya melepaskan diri kerana saya dapat menarik
badan dan mengheret lelaki itu di tangga.”
Sara yang tidak mengalami sebarang kecederaan juga rasa begitu
bersyukur kerana anaknya kebetulan tidak berada di rumah sewaktu kejadian
berlaku.
Mengenai lelaki tersebut, dia yang berusia 22 tahun dikatakan ada menerima rawatan di sebuah hospital sakit jiwa kerana mempunyai masalah mental dengan mengalami penyakit bipolar. Lokasinya kini sudah dikenalpati oleh pihak berkuasa. Kes bagaimanapun masih lagi dalam siasatan lanjut.
Rakaman video kejadian boleh ditonton di sini.
Catat Ulasan for "TERAKAM KEJADIAN ROGOL"