Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AKIBAT KEMURUNGAN, IBU MUDA BUNUH TIGA ORANG ANAK

    Seorang wanita berusia 25 tahun di Amerika Syarikat kini ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai membunuh tiga orang anak kecilnya sendiri. Wanita bernama Sandra Chico itu dilaporkan berbuat sedemikian kerana mengalami penyakit kemurungan.

    Menurut laporan media, Mia Rodriguez (4 tahun), Mason Mateo (3 tahun) dan Milan (1 bulan) ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada hari Isnin lepas dalam bilik tidur rumah mereka yang terletak di Los Angeles. Usaha untuk menyelamatkan tiga adik beradik berkenaan telah gagal sebelum ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia. Mereka bertiga dipercayai mati akibat ditekup oleh Sandra pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

    Menerusi keterangan daripada saudara terdekat keluarga mangsa, Sandra telah cuba untuk membunuh diri selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut. Selain itu, Sandra yang dikatakan mula diserang penyakit kemurungan tidak lama selepas melahirkan bayi lelakinya baru-baru ini tidak pernah keluar dari rumah. Sementara itu, Elizabeth Chico iaitu adik kepada Sandra memberitahu,

    “Ketiga-tiga mereka adalah segala-galanya untuk Sandra. Mereka adalah dunia Sandra.”

    Berdasarkan kenyataan oleh pihak berkuasa, keluarga Sandra tidak mempunyai sebarang masalah sesama mereka. Seperkara lagi yang dapat dipastikan, kematian anak-anak Sandra tidak mempunyai sebarang unsur penderaan. Kematian mereka hanyalah satu tragedi yang benar-benar tidak diingini untuk berlaku.

Catat Ulasan for "AKIBAT KEMURUNGAN, IBU MUDA BUNUH TIGA ORANG ANAK "