CERITA SEORANG "GUARD”
Ingat lagi malam Jumaat itu adalah malam giliran aku untuk berkawal sebagai guard dekat pejabat. Jangan salah faham, kerja aku yang sebenar adalah kerani, bukan guard. Al-kisahnya, kontrak keselamatan dekat pejabat aku sudah tamat tempoh perkhidmatan. Jadi sementara menunggu tender keselamatan yang baru dibuka, maka tuan pengarah keluarkan memo arahan kepada semua pegawai sokongan lelaki untuk berkawal secara bergilir pada waktu malam. Big bos dah keluar memo, kau nak cakap apa lagi? Nak tak nak, kenalah jalankan tugas. Ikutkan memang malas, tapi sebab boleh claim OT punya pasal aku on terus. Zaman sekarang, pepatah duit bukan segala-galanya memang tak boleh pakai dah.
Baiklah, aku sampai di pejabat dalam jam sekitar 6.50
petang. Dekat tempat parkir, aku tengoklah ada dalam empat buah kereta.
Maksudnya, ada empat orang lagi staff yang tak balik. Itu dah sah-sah jenis
workaholic punya orang. Usai punch in, aku pun terus pergi ke pondok guard.
Buku log, kayu cota dan kunci pagar memang dah tersedia di atas meja. Telefon
pun ada, tapi tak boleh buat panggilan luar. Kiranya sambungan extension untuk
dalam pejabat sahaja. Aku ada diberitahu yang kerja agak senang. Tunggu semua
staff balik, barulah pergi meronda dan tutup semua lampu. Selepas itu, lantak
kaulah nak buat apa sampai pagi besok. Jangan layan video pelik-pelik sudahlah.
Tapi yang paling penting, kena alertlah dengan apa-apa benda sekalipun. Ada apa
hal yang berlaku nanti, aku juga yang susah. So far dah tujuh tahun kerja, tak
pernah lagilah aku dengar mana-mana kes pencerobohan atau kecurian dekat
pejabat aku ini.
Pejam celik, pejam celik, dah pukul 9.00 malam, tinggal lagi
dua buah kereta. Aduh, aku dah mula panas punggung. Yelah, gelisah diaorang ni
tak reti-reti balik. Hipotesis mudah, makin lewat mereka nal balik, makin
lewatlah aku nak kena tutup lampu semua. Bukan apa, cuaklah beb nak berjalan
seorang diri pada waktu tengah malam. Dahlah sebelah tepi pejabat aku
hutan-hutan belaka, tapi waktu siangnya tak adalah nampak creepy sangat pun.
Seperkara lagi nak beritahu, pejabat aku ada dua blok bangunan sahaja. Bangunan
jenis setingkat. Blok depan, bahagian pentadbiran manakala blok belakang
bahagian teknikal.
Jam 9.53 malam. Dalam pondok, aku masih leka melayani PUBG.
Tiba-tiba, aku terdengar ada satu suara halus sedang memanggil namaku dari
belakang. Jenis suara halus yang aku maksudkan, suara orang berbisik. Kebetulan
suara itu pula, sumpah memang aku tak pernah dengar pun sebelum ini.
"Apis, Apis.”
Dua kali beb nama aku dipanggil. Takut memang takut, tapi kena
acah-acah cool. Gila kau, dahlah kerja berseorangan. Aku yang sempat untuk menarik nafas lalu bangun
dari kerusi sebelum memeriksa keadaan dekat luar pondok guard, suluh sana sini
dengan lampu. Masalahnya memang tak ada sesiapapun. Okay tak apa, aku abaikan.
Aku pun masuk semula dalam pondok. Baru dekat celah pintu masuk pondok guard,
sekali lagi suara yang sama memanggil nama aku. Kali ini, lebih daripada dua
harakat kau.
“Apissssss............”
Laju kepala aku menoleh ke belakang. Keadaan sama, tak ada
orang. Bulu roma aku dah naik meremang. Apa lagi, pintu terus aku tutup dengan
rapat. Macam nak balik pun ada. Teringat pula aku dengan cerita Pak Samad yakni
tukang kebun dekat pejabat aku. Masa mula-mula dengar ceritanya, aku tak
percaya pun sebab Pak Samad kalau bab kelentong dan membahan orang memang
nombor satu. Cerita Pak Samad, dia pernah ternampak seorang wanita berambut hitam
kerinting seakan bersembunyi dekat salah satu satu batang pokok yang ada dekat
luar pondok guard. Wanita itu mengintai Pak Samad dengan hanya menampakkan
bahagian kepala sambil matanya berbinar.
BERSAMBUNG...
Catat Ulasan for "CERITA SEORANG "GUARD”"