KISAH CLAIRE MILLER : Gadis Tiktok yang Viral
Pada bulan Februari yang lepas, nama Claire Miller mula
hangat diperkatakan oleh netizen di laman media sosial terutamanya para
pengguna Tiktok. Nama gadis remaja berusia 14 tahun itu telah menjadi sebutan orang
ramai susulan berita penangkapannya kerana dia dipercayai melakukan pembunuhan
kejam terhadap kakak kandungnya sendiri iaitu Helen Miller (19 tahun) yang juga
merupakan orang kurang upaya. Selepas berita penangkapannya menjadi tular,
jumlah pengikut Claire di akaun Tiktok miliknya
telah bertambah daripada 21 ribu menjadi seramai 32 ribu orang pengikut.
Walaupun akaun Tiktok Claire sudah pun dipadam, video yang pernah dimuatnaiknya
sebelum ini masih lagi boleh dicari menerusi internet. Video Tiktok Claire yang
terakhir dilaporkan telah mencecah jutaan jumlah tontonan.
Claire dan Helen |
Claire dan Helen adalah dua adik beradik yakni anak kepada pasangan suami isteri kaya yang bernama Mark dan Marie Miller. Mereka sekeluarga hidup dalam keadaan serba mewah. Seperkara harus diketahui, Helen merupakan seorang pengidap penyakit Palsi Serebrum yang hanya mampu bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Claire dan Helen dikatakan begitu rapat dan saling sayang menyayangi satu sama lain. Malah, Claire juga adalah seorang adik yang tidak akan sama sekali membiarkan kakak kesayangannya itu berada dalam kesusahan. Apa yang terus menjadi persoalan sampai sekarang, motif sebenar Claire membunuh Helen? Ada sesetengah pihak mendakwa bahawa Claire telah berasa cemburu dengan perhatian yang diterima oleh Helen daripada ibu bapa mereka. Selain itu, Claire berkemungkinan besar berasa letih untuk menjaga Helen secara berterusan. Jadi, hanya dengan kematian Helen saja akan menyelesaikan semua masalah.
Pada hari kejadian, Claire telah menelefon talian kecemasan
911 bagi membuat pengakuan tentang pembunuhan Helen. Setibanya pihak polis di
rumah Claire, mereka menemui mayat Helen yang sedang terbaring di atas katil
dalam bilik tidur dengan keadaannya berlumuran darah. Berdasarkan pemeriksaan
terhadap mayat Helen, dia dipercayai telah ditikam oleh Claire pada bahagian
leher dengan tikaman pisau secara bertubi-tubi. Sewaktu kejadian berlaku, ibu
bapa mereka sedang tidur. Menurut laporan media iaitu sewaktu keberadaan polis
di rumahnya, Claire telah berulang kali menyebut ayat “aku dah bunuh kakak aku”
tanpa menunjukkan sebarang tanda penyesalan.
Tidak lama selepas Claire dibawa ke balai polis untuk sesi soal siasat, dia akhirnya ditahan dengan dikenakan pertuduhan membunuh. Buat masa sekarang, tidak banyak butiran lebih terperinci mengenai kes ini yang didedahkan. Jika didapati bersalah, Claire yang dibicarakan sebagai orang dewasa bakal menerima samada hukuman mati atau dipenjarakan untuk seumur hidup.
Apa yang pasti, Mark dan Marie masih lagi dilanda kesedihan kerana kedua-dua anak mereka kini sudah tiada. Helen telah pun pergi buat selama-lamanya, manakala Claire pula bakal dihukum oleh pihak berkuasa.
Catat Ulasan for "KISAH CLAIRE MILLER : Gadis Tiktok yang Viral "