KISAH ERIC SMITH : Budak Psikopat Paling Gila
Derrick Robie
Pada tarikh 2 Ogos 1993, Derrick Robie iaitu seorang budak lelaki berusia 4 tahun pergi menuju ke sebuah kem rekreasi musim panas yang terletak kira-kira hanya 2 blok dari rumahnya. Dia terpaksa untuk berjalan bersendirian memandangkan ibunya agak sibuk pada waktu itu. Pada masa sama, seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Eric Smith sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki basikal. Dia telah disuruh pulang oleh pihak kem rekreasi tersebut disebabkan perangai buruknya. Jadi apa yang berlaku kemudian, Eric dan Derrick saling berselisih semasa dalam perjalanan. Eric seterusnya menegur Derrick sebelum dia mengajak budak lelaki itu memasuki ke dalam sebuah hutan yang berhampiran.
Eric Smith |
Sedikit tentang Eric, dia tinggal bersama dengan ibu dan bapa angkatnya. Eric dikatakan sangat membenci bapa angkatnya yang dikenali sebagai Ted Smith. Ini kerana Eric sering dimalukan dan dipukul oleh Ted. Tentang bapa kandung Eric pula, dia enggan untuk mengaku Eric sebagai anaknya. Dalam erti kata lain, Eric sebenarnya datang daripada keluarga yang agak bermasalah. Seperkara yang harus diketahui, Eric adalah seorang mangsa buli di sekolah kerana gaya penampilannya yang berambut merah dan berkaca mata tebal. Disebabkan itu juga, Eric yang tidak mempunyai ramai kawan lebih gemar untuk menghabiskan masa bermain bersendirian. Dia mempunyai beberapa perangai yang sangat pelik dan tidak normal. Salah satu contoh, Eric suka menyeksa binatang bagi melepaskan segala rasa geram dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya.
Berbalik dengan cerita Eric dan Derrick di dalam hutan. Di
situ, Eric tiba-tiba telah menyerang Derrick tanpa sebarang sebab. Derrick
telah dibelasah dan dicekik oleh Eric. Lagi kejam apabila Eric menghempap
kepala Derrick dengan batu besar. Sebaik saja mendapati Derrick sudah tidak
lagi bernyawa, Eric ternyata masih lagi tidak berasa puas. Maka Eric pun
menanggalkan pakaian Derrick sepenuhnya. Apa yang Eric lakukan, dia meliwat
punggung Derrick dengan ranting kayu. Selesai berbuat sedemikian, barulah Eric
beredar pergi dari lokasi kejadian. Pembunuhan Derrick tersebut berlaku dalam
tempoh masa enam minit.
Operasi mencari dan menyelamat Derrick terus dilakukan selepas pihak polis menerima laporan kehilangan yang dibuat oleh ibunya. Mayat Derrick telah berjaya ditemui selepas empat jam operasi pencarian. Cara terawal siasatan yang pihak polis lakukan adalah dengan menyoal siasat para penduduk setempat. Antara individu yang disoal siasat termasuklah Eric yang memberi keterangan kepada pihak polis dalam keadaan teruja sekali sedangkan pada sebelumnya dia mendakwa tidak melihat Derrick sewaktu hari kejadian. Malah keterangan daripada Eric itu adalah benar-benar terperinci yakni butiran yang pihak polis belum dedahkan kepada pihak media. Waktu ini, pihak polis dan keluarga Derrick mempercayai bahawa Eric memegang satu rahsia besar. Dia berkemungkinan adalah saksi utama pembunuhan yang telah diugut oleh pembunuh sebenar supaya mengunci mulut.
Ada juga jiran-jiran kawasan perumahan mengesyaki Eric
adalah pembunuh Derrick berdasarkan tingkah lakunya yang tidak normal. Begitu
juga dengan keluarga Eric sendiri yang mengesyakinya mempunyai satu sisi gelap
yang tersendiri. Tujuh hari selepas hari kejadian, Eric telah membuat pengakuan
kepada keluarganya tentang perkara yang sebenar. Terkejut dengan pengakuan
tersebut, keluarga Eric yang tidak melengahkan masa terus menyerahkannya kepada
pihak polis. Susulan penangkapan itu, ada sesetengah pihak yang menyalahkan
keluarga Eric sepenuhnya atas kematian Derrick. Tidak kurang juga, keluarga
Derrick sendiri dipersalahkan kerana membiarkan Derrick berjalan seorang diri
semasa hari kejadian.
Sewaktu perbicaraan kes, Eric kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi muka bersalah. Walaupun pihak pembelaan menggunakan hujah tentang masalah mental yang dialami oleh Eric, semua itu tidak menghalang pihak juri daripada menjatuhkan hukuman terhadap budak berkenaan. Eric yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh peringkat kedua telah dijatuhkan hukuman penjara maksimum 9 tahun untuk pesalah juvana tetapi sehingga pada hari ini, dia yang sudah pun berusia 41 tahun masih lagi berada di dalam penjara. Dia pernah memohon untuk dibebaskan secara bersyarat sebanyak 10 kali sejak dari tahun 2002, namun semua permohonan tersebut ditolak. Keluarga Derrick turut enggan untuk menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Eric. Terdahulu, pihak pendakwaan dalam kes ini berpendapat mengenai Eric yang masih boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam jika dia dibebaskan.
Catat Ulasan for "KISAH ERIC SMITH : Budak Psikopat Paling Gila"