KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SAIMA KHAN : Perampas itu Adikku!
Saima (kiri), Sabah (kanan) |
Pada tahun 2016, Saima Khan adalah seorang wanita Islam
berketurunan Pakistan berusia 34 tahun yang menetap di Bedfordshire, England
bersama suami dan empat orang anak mereka. Suami Saima yang bernama Hafeez Rehman
adalah seorang pemandu teksi. Turut serta tinggal di rumah Saima adalah adik
perempuannya yang berusia 27 tahun iaitu Sabah Khan (27 tahun). Saima dikatakan
sebagai seorang isteri, ibu dan kakak yang penyayang. Malah, dia begitu
disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya disebabkan sifatnya yang sangat
peramah. Dari segi luaran, Saima kelihatan hidup bahagia bersama keluarganya.
Namun tanpa Saima sedari, dia telah menjadi mangsa pengkhianatan oleh suami dan
adiknya selama hampir empat tahun.
Dalam diam-diam, Hafeez dan Sabah telah menjalinkan hubungan
sulit tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Bahkan pasangan itu kerap
melakukan hubungan seks di dalam rumah dan teksi Hafeez sewaktu ketiadaan Saima
yang keluar pergi bekerja. Seperkara yang harus diketahui, Sabah pernah sekali mengandungkan
anak Hafeez. Walau bagaimanapun, dia terpaksa menggugurkan kandungan tersebut
kerana enggan hubungan terlarangnya bersama Hafeez akan diketahui oleh keluarga
mereka. Hingga satu ketika, Sabah telah keluar dari rumah berikutan hubungannya
dengan Saima yang kian menjadi semakin keruh. Apabila Hafeez lebih memberi
tumpuan kepada Saima berbanding dirinya, maka emosi Sabah benar-benar terganggu
disebabkan rasa marah dan cemburu yang dialaminya. Sabah beranggapan bahawa
hanya dia yang layak untuk memiliki Hafeez. Bagi Sabah, Saima harus disingkirkan
walaupun wanita itu merupakan darah dagingnya sendiri.
Keobsesan Sabah terhadap Hafeez ternyata sudah tidak dapat untuk dikawal lagi. Dia kemudian telah melakukan pencarian internet tentang cara-cara untuk melakukan pembunuhan. Antara kata carian yang dibuatnya adalah “ular berbisa untuk dijual”, “cara meracun seseorang” dan “cara untuk membunuh seseorang tanpa ditangkap.” Selain itu, Sabah juga telah mengupah seorang ahli sihir di Pakistan untuk menyihir Saima.
Malam 23 Mei 2016, Saima serta Hafeez pergi ke sebuah masjid
untuk menghadiri satu majlis upacara pengebumian. Anak-anak mereka yang ditinggalkan
di rumah telah dijaga oleh Sabah. Sewaktu Saima masih berada di masjd, dia
menerima teks mesej daripada Sabah yang menyuruhnya untuk balik dengan kadar
segera kerana anak kecilnya tidak berhenti menangis. Setibanya Saima di rumah,
dia telah menjadi mangsa serangan Sabah dengan cara tikaman pisau sebanyak 68
kali. Saima mati dalam keadaan yang begitu mengerikan dengan lehernya hampir
terputus. Sesudah itu, Sabah memecahkan tingkap bagi menampakkan kematian Saima
adalah berlaku disebabkan rompakan. Sewaktu disoal siasat oleh pihak polis,
Sabah mendakwa Saima mati dibunuh perompak di mana dia sendiri sedang mandi
pada waktu tersebut. Tembelang Sabah bagaimanapun pecah susulan penemuan pisau
yakni senjata pembunuhan telah pihak polis temui di dalam bilik tidurnya. Maka
Sabah pun terus ditahan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terus melangkau kepada kesudahan cerita iaitu berhubung keputusan perbicaraan kes pada bulan Oktober 2017, Sabah yang didapati bersalah atas dakwaan membunuh Saima telah dihukum penjara untuk seumur hidup dengan kadar minimun dipenjarakan selama 22 tahun. Sementara itu, Hafeez menyalahkan Sabah untuk semua yang sudah terjadi. Jelas Hafeez, dia terpaksa menjalinkan hubungan sulit dengan Sabah secara berterusan kerana adik isterinya itu berniat mencederakan diri jika hubungan mereka terputus.
Senang je laki dia buat alasan. Hahah..
BalasPadam