Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LAGI PLOT TWIST KES CAROLINE CROUCH

    GREECE – Perkembangan paling terkini tentang kes pembunuhan Caroline Crouch, pihak polis mempercayai dia berkemungkinan mati dibunuh selepas mendapat tahu tentang aktiviti penyeludupan dadah yang dilakukan oleh suaminya iaitu Charalambos Anagnostopoulos yakni seorang juruterbang helikopter berusia 32 tahun.

    Pada bulan Mei lepas, Caroline yang mempunyai seorang anak perempuan dilaporkan mati dibunuh di Athens oleh sekumpulan perompak yang telah memecah masuk ke dalam rumahnya. Walau bagaimanapun, hasil siasatan awal yang dijalankan oleh polis mendapati tidak wujud sama sekali elemen penculikan seperti yang didakwa Charalambos. Namun pada waktu kemudiannya berlaku satu plot twist di mana terbongkar perkara sebenar bahawa Charalambos merupakan pembunuh Caroline. Menerusi pengakuan yang dibuat oleh Charalambos, dia telah melakukan pembunuhan tersebut adalah kerana Caroline membuat ugutan untuk meninggalkannya serta anak perempuan mereka sekali. Selain itu, Charalambos juga mendakwa mengenai perangai Caroline yang sangat kasar terhadap dirinya.

    Pihak polis kini membuat siasatan lanjut dengan memeriksa serta membuat semakan pada akaun wang milik Charalambos. Perkara ini berikutan Charalambos dan Caroline sebelum ini dilaporkan hidup dengan penuh mewah. Sebelum kejadian pembunuhan berlaku, mereka berdua ada melancong ke Dubai dengan pakej percutian mewah. Malah, pasangan itu juga telah membeli sebuah rumah mewah di Greece dengan anggaran harga hampir RM1 juta. Charalambos diyakini membuat pembelian rumah tersebut hasil daripada wang keuntungan menyeludup dadah. Dia menjalankan aktiviti haram tersebut dengan menggunakan helikopter. Boleh jadi Charalambos membunuh Caroline kerana isterinya itu bersuara lantang dalam menentang aktiviti jenayah yang telah dilakukannya. Terdapat sumber memberitahu tentang Charalambos yang telah mengongkong penuh hidup Caroline. Ini termasuklah memasang aplikasi penjejak pada telefon Caroline. Ada kalanya Charalambos pergi mengekori Caroline menjalani rawatan terapi. Charalambos benar-benar berasa bimbang terhadap Caroline yang dikhuatiri akan membuka mulut.

    Sekiranya Charlambos dapat membuktikan kematian Caroline adalah bukan satu pembunuhan terancang, hukuman penjara seumur hidup akan ditukar menjadi sekurang-kurangnya 15 tahun berada dalam penjara.

Catat Ulasan for "LAGI PLOT TWIST KES CAROLINE CROUCH "