Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PEMBUNUHAN KEJAM FIORELA DIAZ

    PERU – Terkini, tular video rakaman pembunuhan kejam seorang wanita yang mati di rumah sendiri akibat ditikam oleh bekas pasangannya sendiri. Mangsa dikenali sebagai Fiorela Liseth Diaz (32 tahun) manakala suspek pula bernama Elmer Lucano Llamas (33 tahun). Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku pada 18 Julai lepas di daerah Guadalupe yang terletak dalam wilayah Pacasmayo.

    Menerusi rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, Lucano telah menceroboh masuk rumah Fiorela yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Lucano pada mulanya dilihat memasuki ruang dapur untuk mengambil pisau dan kemudian pergi mencari Fiorela di dalam bilik anak sulung perempuan mereka. Selepas mendapati Fiorela tiada dalam bilik berkenaan, Lucano pergi memeriksa pula sebuah bilik lain. Di situ, Lucano telah menemui Fiorela sedang berbaring di atas katil bersama dengan teman lelaki barunya. Melihat keadaan tersebut, Lucano yang berasa marah terus bertindak untuk menyerang teman lelaki Fiorela itu. Saat situasi yang mencemaskan tersebut, teman lelaki Fiorela berjaya melarikan diri. Selepas itu, Lucano yang bagai dirasuki syaitan menikam pula Fiorela sampai mati dengan tikaman sebanyak lebih daripada 30 kali.

    Sesudah Fiorela tidak lagi bernyawa, Lucano bergegas melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki motosikal yang ditunggang oleh sepupunya iaitu Salomon Llanos Cieza (26 tahun). Mereka berdua bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pihak polis pada masa yang singkat. Berdasarkan keterangan awal daripada Lucano, dia tekad untuk melakukan pembunuhan itu kerana berasa marah melihat Fiorela bersama dengan lelaki lain. Hasil siasatan awal pihak polis sebaliknya mendapati pembunuhan tersebut adalah satu pembunuhan yang terancang. Perkara ini adalah berdasarkan setiap gerak-geri Lucano yang dirakam menerusi kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

    Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis dengan Lucano telah pun ditempatkan di penjara Trujillo City dengan tahap keselamatan yang ketat. Pihak peguam pembelaan dijangka akan meminta Lucano dikenakan hukuman penjara untuk seumur hidup. Video pembunuhan boleh ditonton di sini. 

Catat Ulasan for "PEMBUNUHAN KEJAM FIORELA DIAZ "