PENGKHIANATAN TERBESAR SEORANG ISTERI
Nasruddin dan Virgita |
INDONESIA –
Berita terkini yang sedang menjadi tular di negara Indonesia adalah tentang penangkapan
seorang wanita cantik bernama Virgita Legina Hellu (25 tahun). Dia telah
ditangkap selepas disyaki sebagai dalang utama pembunuhan suaminya iaitu Nasruddin
atau Acik (45 tahun) yang juga merupakan seorang pemilik kedai emas di Kota
Jayapura. Sebelum ini, video Virgita tular di laman media sosial di mana dalam
video berkenaan dia dilihat meraung sambil menjerit meminta pertolongan
daripada orang ramai kerana suaminya dalam keadaan cedera parah akibat ditikam
oleh sekumpulan perompak. Bagaimanapun, Nasruddin kemudian disahkan maut di
lokasi kejadian.
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam 28 Jun 2021. Waktu itu, Nasruddin dan Virgita sedang dalam perjalanan dari Kota Jayapura menuju ke Arso, Papua. Apa yang berlaku seterusnya, kereta yang dinaiki oleh pasangan suami isteri tersebut diserang oleh empat orang perompak. Kumpulan perompak tersebut telah menikam Nasruddin selepas suami Virgita itu cuba untuk melawan mereka. Selepas merompak mangsa, kumpulan perompak berkenaan terus melarikan diri dengan menaiki jenis kereta yang tidak dapat dicam oleh Virgita berikutan keadaan cuaca yang sangat gelap.
Mahdi Merhban |
Pada mulanya, pihak polis mengesyaki kejadian pembunuhan itu sememangnya bermotifkan rompakan. Namun selepas siasatan lanjut dilakukan, barulah terbongkar perkara sebenar bahawa pembunuhan Nasruddin adalah hasil pengkhianatan daripada isterinya sendiri. Virgita melakukan pembunuhan kejam tersebut adalah bagi membolehkan dia hidup bersama teman lelaki sulitnya yang bernama Mahdi Merhban yakni seorang warga Afghanistan serta pada masa membolot semua harta milik Nasruddin. Seperkara yang harus diketahui, Virgita dan Mahdi telah sama-sama merencanakan rancangan pembunuhan Nasruddin sejak dari bulan Februari iaitu kira-kira sebulan selepas mereka berdua mula menjalinkan hubungan sulit. Mahdi ditangkap pada 3 Julai yang lalu ketika dia dalam cubaan meninggalkan negeri Papua. Menurut kenyataan pihak polis lagi, empat orang perompak seperti yang diberitahu oleh Virgita itu diyakini merupakan orang upahannya yang berasal dari Medan.
Virgita kini menjadi mangsa kecaman orang ramai kerana dia langsung tidak menghargai suami yang baik seperti Nasruddin. Virgita sebelum ini hanyalah anak seorang pembantu rumah. Nasruddin yang jatuh cinta kepada Virgita telah mengajaknya berkahwin biarpun waktu tersebut Virgita masih lagi berada di bawah umur. Setelah bergelar sebagai isteri Nasruddin, Virgita diberikan kemewahan seperti ditanggung pelajaran, dihadiahkan kereta mewah dan ditaja pembedahan mukanya supaya dia kelihatan lebih cantik.
Catat Ulasan for "PENGKHIANATAN TERBESAR SEORANG ISTERI"