Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SEPULUH HARI BERADA DI ATAS POKOK, ELAK SERANGAN BERUANG

The Siberian Times

    RUSIA – Sepasang suami isteri berdepan satu pengalaman ngeri di dalam hidup mereka di mana pasangan berkenaan terpaksa duduk di atas pokok selama 10 hari berturut-turut tanpa sebarang makanan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan beruang coklat.

    Anton dan Nina Bogdanov pada sebelumnya pergi mengembara ke dalam hutan Banniye Springs. Malang tidak berbau apabila tayar kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dinaiki oleh mereka berdua telah tersekat di dalam lopak lumpur. Memandangkan di kawasan hutan itu tidak mempunyai sebarang liputan telefon bimbit, maka kedua-dua mereka membuat keputusan bermalam semalaman di dalam kereta. Keesokan harinya, Anton dan Nina keluar dari kereta untuk menuju ke sebuah pusat pelancongan yang berdekatan bagi meminta bantuan. Pasangan tersebut juga sempat meninggalkan tulisan pada cermin kereta mereka yang bertulis “Left for the base. Two people" kerana menyedari hutan Banniye Springs itu adalah habitat beruang liar.

The Siberian Times

    Namun apa yang berlaku kemudian yakni semasa Anton dan Nina sedang dalam perjalanan mencari bantuan, ada seekor beruang coklat telah mengekori mereka berdua dari arah belakang. Pada mulanya, beruang tersebut beredar pergi selepas ditakut-takutkan oleh Anton dan Nina. Walau bagaimanapun, beruang itu kembali semula untuk mengejar Anton dan Nina hingga memaksa pasangan tersebut berlari sejauh 200 meter. Mujur sajalah Anton dan Nina sempat memanjat pokok untuk menyelamatkan diri mereka. Detik paling menakutkan apabila beruang besar itu perlahan-lahan memanjat pokok yang sama. Berdepan dengan pilihan antara hidup dengan mati, Anton dan Nina terpaksa membuang beg galas masing-masing yang mengandungi makanan bagi mengalihkan perhatian beruang itu. Tindakan tersebut berhasil ternyata berhasil apabila beruang itu turun dari pokok. Cumanya, beruang tersebut kekal berada di bawah pokok untuk mengawasi mereka berdua. Jadi, Anton dan Nina terpaksa tidur secara bergilir dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk demi memastikan keselamatan mereka.

    Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh Anton dan Nina untuk menghalau beruang itu seperti dengan cara jeritan dan balingan dahan kayu. Hinggalah satu ketika, beruang tersebut beredar dari kawasan situ. Anton dan Nina mengambil kesempatan itu untuk pergi ke kawasan sungai bagi menghilangkan rasa dahaga. Pasangan tersebut bagaimanapun sekali lagi terpaksa melarikan diri selepas beruang tersebut muncul semula mendekati mereka. Situasi turun naik pokok itu berlanjutan selama sepuluh hari.  Bahkan Nina sekali pernah hampir lemas dalam sungai kerana panik tetapi dia sempat diselamatkan oleh Anton. Hanya dengan berada di atas pokok saja dapat menyelamatkan nyawa Anton dan Nina.

The Siberian Times

    Hingga pada akhirnya, Anton dan Nina berjaya diselamatkan oleh pasukan pencari dan penyelamat yang tiba di dalam hutan tersebut. Operasi pencarian itu dibuat berikutan laporan kehilangan Anton dan Nina yang telah dibuat oleh keluarga mereka. Beruang tersebut pula dilaporkan memang sudah tidak kelihatan sebelum ketibaan pasukan pencarian dan penyelamat itu. Nina terus menangis kegembiraan sebaik melihat beberapa buah kenderaan muncul untuk menyelamatkan dia dan Anton. 

Catat Ulasan for "SEPULUH HARI BERADA DI ATAS POKOK, ELAK SERANGAN BERUANG"