Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK GHANA DITAHAN ATAS PEMBUNUHAN NGERI

    GHANA – Bekas seorang pemain bola sepak kebangsaan negara Ghana kini ditahan oleh pihak polis selepas beberapa kepala serta anggota badan manusia telah ditemui di dalam peti sejuk rumahnya. Lelaki berusia 28 tahun berkenaan dikenali sebagai Richard Gyamfi yang merupakan pemain pertahanan untuk kelab divisyen 2 Ghana, Kumapim FC. Selain itu, Richard juga bekerjaya sebagai seorang pengulas bola sepak.

    Kisah sebenar bermula pada 22 Ogos lalu apabila seorang lelaki bernama Thomas Agyei pergi ke rumah Richard bagi mencari anak lelakinya iaitu Louis Agmeyang Junior yang telah dilaporkan hilang. Thomas pergi ke situ selepas mendapat tahu tentang lokasi terakhir anak lelakinya yang berusia 13 tahun itu diihat adalah berada di kawasan rumah Richard.

    Pada mulanya, Richard membuat penafian mengenai kehilangan Louis. Walau bagaimanapun, Thomas serta beberapa lagi individu lain yang berasa tidak puas hati tekad untuk memasuki rumah Richard sebelum mendapati terdapat sebuah bilik dalam keadaan berkunci. Lebih mencurigakan Thomas apabila Richard enggan untuk membuka pintu bilik tersebut dengan memberikan alasan sudah kehilangan kunci. Mendengar alasan Richard, Thomas terus menendang pintu bilik itu lalu dikejutkan dengan penemuan mayat Louis yang tidak berkepala di atas lantai. Pemeriksaan selanjutnya daripada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian telah menemui kepala Louis dalam peti sejuk. Mengerikan kerana bukan setakat kepala Louis yang ditemui tetapi ada dua lagi kepala manusia lain yang masih belum dapat dikenalpasti identitinya. Anggota badan mayat-mayat tersebut telah pun dihantar ke hospital untuk kerja-kerja forensik.

    Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan dengan Richard sudah pun ditahan oleh pihak polis. Tidak dapat dipastikan lagi samada kematian semua mangsa adalah disebabkan pembunuhan kanibal atau ritual.

Catat Ulasan for "BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK GHANA DITAHAN ATAS PEMBUNUHAN NGERI"