Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH ANAK SENDIRI KERANA PERCAYA TEORI KONSPIRASI

    AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelaki tergamak membunuh dua orang anak kandungnya sendiri hanya kerana dia obses dengan QAnon dan mempercayai teori konspirasi Illuminati. Suspek iaitu Matthew Taylor Coleman yang berusia 40 tahun melakukan pembunuhan kejam itu di negara Mexico.

    Berdasarkan laporan media, mayat anak Matthew iaitu Kaleo (2 tahun) dan Roxy (10 bulan) telah ditemui dalam sebuah ladang yang terletak di Rosario. Mereka berdua dibunuh kejam oleh Matthew dengan cara tikaman pada bahagian dada menggunakan Speargun. Mengikut pengakuan awal yang dibuat oleh Matthew sejurus selepas ditahan oleh pihak berkuasa di sempadan Mexico, dia membunuh Kaleo dan Roxy kerana menerima satu visi yang menyuruhnya untuk berbuat sedemikian. Dakwa Matthew, anak-anaknya akan bertukar menjadi raksasa ular jenis ular yang diwarisi daripada DNA isteri Matthew sendiri. Maka disebabkan itu, Kaleo dan Roxy harus dibunuh.

    Matthew telah memasuki Mexico pada hari Sabtu yang lepas. Keesokan harinya, isteri Matthew pergi membuat laporan tentang kehilangan suami dan anak-anaknya. Apa yang dapat dipastikan, Matthew dan isterinya sebelum itu tidak mempunyai sebarang masalah pergaduhan. Menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup hotel tempat penginapan Matthew dan anak-anaknya, tiga anak beranak berkenaan dilihat keluar dari hotel sebelum waktu subuh. Tidak lama kemudian, Matthew memasuki hotel semula secara bersendirian.

    Pembunuhan ini sememangnya benar-benar mengejutkan ramai pihak memandangkan Matthew dikatakan sebagai seorang suami serta bapa yang baik. Bulan Mei yang lalu, Matthew ada memuatnaik foto bersama dengan isteri berserta anak-anak mereka. Dalam foto tersebut, mereka berempat yang sedang berdiri di tepi pantai memandang kamera dengan wajah yang begitu gembira. Kapsyen yang ditulis Matthew, “My treasures!”.

Catat Ulasan for "BUNUH ANAK SENDIRI KERANA PERCAYA TEORI KONSPIRASI"