Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DIFITNAH MENYALAKAN API KEBAKARAN, LELAKI INI DIBAKAR!


     ALGERIA - Terkini, tular di laman media sosial foto serta video pembunuhan kejam seorang lelaki yang telah dibelasah oleh orang ramai sehingga mati. Lebih sadis apabila mayat mangsa yang dikenali sebagai Jamal Ben Ismail (35 tahun) turut dibakar. Pihak berkuasa Algeria kini dilaporkan sudah pun membuka kertas siasatan bagi menyiasat tentang insiden pembunuhan yang ternyata telah mencetuskan kemarahan para netizen.

    Kisahnya bermula apabila Jamal yakni anggota sukarelawan yang bekerja sebagai seorang pengkarya seni tiba di bandar Tizi Ouzu. Kedatangannya ke situ adalah untuk menyalurkan bantuan bagi memadamkan api kebakaran besar yang telah melanda hutan kawasan bandar itu. Pada masa sama, Jamal juga berniat untuk memberi sumbangan kemanusiaan kepada mangsa yang terkesan dengan kebakaran tersebut. Namun apa yang berlaku kemudian, Jamal tiba-tiba dituduh sebagai individu yang telah menyalakan api kebakaran itu. Tuduhan ini menyebabkan Jamal lebih rela untuk ditahan oleh pihak polis demi keselamatan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, orang ramai telah mengejar serta mengepung kereta polis yang membawa Jamal. Saat kemuncak, Jamal telah diheret keluar dari kereta polis tersebut sebelum dia dibelasah sampai tidak lagi bernyawa. Waktu sebelumnya, Jamal sempat membuat isyarat kalimah syahadah sebagai tanda dia sebenarnya tidak bersalah seperti yang disangkakan.

    Susulan kematian Jamal, keluarga serta kenalannya telah menuntut kepada pihak berkuasa supaya pelaku yang terlibat dikenakan dengan hukuman yang setimpal. Kebakaran yang melanda di hutan Tizi Ouzu sejak hari Isnin lepas itujk5 sudah pun mengorbankan seramai 70 orang nyawa. Presiden Algeria mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk negara tersebut bermula hari Khamis lalu sebagai tanda memperingati mangsa kebakaran. Buat masa sekarang, empat orang individu sebenar yang diyakini memulakan api kebakaran tersebut sudah pun ditahan oleh pihak polis. Bagaimanapun, identiti dan motif mereka berbuat sedemikian masih lagi dirahsiakan.

Catat Ulasan for "DIFITNAH MENYALAKAN API KEBAKARAN, LELAKI INI DIBAKAR!"