DOKTOR WANITA BAKAR TEMAN LELAKI DAN BAKAL MENTUA
INDONESIA – Seorang wanita muda yang juga bergelar sebagai doktor perubatan tekad untuk membakar bengkel motosikal milik keluarga teman lelakinya. Wanita berkenaan iaitu Mery Anastasia yang berusia 30 tahun tersebut dilaporkan berbuat sedemikian gara-gara teman lelakinya enggan untuk bertanggunggjawab atas kehamilannya. Kejadian kebakaran yang berlaku Kota Tangerang pada 7 Ogos lepas itu telah meragut tiga nyawa termasuk teman lelaki Mery sendiri yang dikenali sebagai Lionardi Syahputra, 34 tahun. Selain Lionardi, turut terkorban adalah ibu bapanya yang bernama Edy Syahputra (66 tahun) dan Lilys Tasim (55 tahun). Sementara itu, Siska (22 tahun) dan Nando (20 tahun) yakni adik perempuan kepada Lionardi pula terselamat namun mengalami kecederaan parah dengan kesan luka melecur.
Berdasarkan laporan media, Lionardi dikatakan enggan untuk mengahwini Mery selepas mengetahui teman wanitanya itu hamil. Lagi membuatkan Mery marah apabila perhubungan mereka berdua tersebut tidak direstui oleh ibu bapa Lionardi. Sebelum kejadian kebakaran bermula, Mery telah bertikam lidah dengan Lionardi di depan bengkel. Tidak lama selepas pertikaman lidah itu, Mery pergi membeli mintak petrol lalu kembali semula ke lokasi kejadian untuk membakar bengkel motosikal berkenaan. Api kebakaran telah merebak dengan begitu pantas hingga menyebabkan keluarga Lionardi yang tinggal di tingkat atas bangunan bengkel tersebut terperangkap. Hanya Siska dan Nando saja yang dapat melarikan diri dari kebakaran.
Tentang Mery, dia terus beredar pergi dengan menaiki kereta jenis Mitsubishi Xpander miliknya sewaktu kejadian kebakaran berlaku. Walau bagaimanapun, Mery kemudian berjaya ditangkap oleh pihak polis berserta dengan beberapa bukti penting yang ada pada dirinya seperti minyak petrol dan alat ujian pengesahan kehamilan. Kes masih lagi dalam siasatan lanjut.
Catat Ulasan for "DOKTOR WANITA BAKAR TEMAN LELAKI DAN BAKAL MENTUA"