Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIGA SEKELUARGA DITEMUI MATI DALAM KEADAAN MISTERI

    AMERIKA SYARIKAT – Sepasang suami isteri berserta dengan seorang anak perempuan dan seekor anjing peliharaan mereka telah ditemui mati dalam keadaan yang begitu misteri di sebuah kawasan pendakian terpencil dalam Hutan Kebangsaan Sierra, California. Mangsa yang dikenali sebagai Jonathan Gerrish (45 tahun), Ellen Chung (31 tahun) dan Muji (1 tahun) sebelum ini telah dilaporkan hilang oleh kenalan mereka pada hari Isnin minggu lepas. Mayat tiga anak beranak itu kemudian ditemui pada hari keesokannya pada jarak dua batu dari lokasi kereta mereka yang diparkir berdekatan dengan pagar hutan berkenaan. Seperkara yang dapat dipastikan, tempat penemuan mayat mereka bertiga tidak mempunyai talian telefon bimbit.

    Tentang punca kematian, masih tidak dapat dipastikan akan perkara tersebut. Ini berikutan hasil laporan bedah siasat yang mendapati tiada kesan tembakan dan trauma pada semua mangsa termasuk anjing peliharaan mereka. Selain itu, tiada sebarang nota bunuh diri yang ditemui di lokasi kejadian. Pihak berkuasa bagaimanapun masih menunggu laporan penuh toksikologi yang dijangka memakan masa dua hingga tiga minggu untuk dikeluarkan. Para penyiasat juga telah pun membuka kertas siasatan pembunuhan tetapi pada masa sama tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan gas beracun karbon monoksida dari lombong dan alga beracun dari sungai yang berdekatan dengan lokasi kejadian. Salah seorang petugas dalam kes ini menyifatkan kematian mangsa disifatkannya sebagai tidak masuk akal memandangkan tiada penyebab yang jelas bagaimana mereka boleh mati.

    Jonathan dilaporkan berdarah England manakala Ellen yang berketurunan Korea Selatan pula berasal dari Orange, California. Salah seorang kenalan mangsa memberitahu media bahawa Jonathan dan Ellen adalah pasangan romantik yang saling mencintai antara satu sama lain. 

Catat Ulasan for "TIGA SEKELUARGA DITEMUI MATI DALAM KEADAAN MISTERI"