KISAH BRITTANY ZAMORA : Guru Wanita yang Pedo
Brittany dan suaminya iaitu Daniel |
Pada tahun 2018, Brittany Zamora adalah seorang guru wanita
berusia 27 tahun yang mengajar di sekolah menengah Goodyear, Arizona. Waktu
itu, Brittany sudah pun bergelar sebagai isteri kepada seorang lelaki bernama
Daniel yang dikahwini sejak dari tahun 2015.
Cerita sebenar bermula apabila pada satu hari Brittany telah memberitahu kepada para pelajar di kelasnya agar menghubunginya menggunakan aplikasi Class Craft jika mereka berasa bosan. Jadi apa yang berlaku kemudian, ada seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun benar-benar melakukan perkara tersebut. Cukuplah untuk mengenali pelajar lelaki tersebut sebagai si A. Pada mulanya, hubungan Brittany dan A hanyalah sebagai pelajar dan guru, tidak lebih daripada itu. Namun lama-kelamaan, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat selepas Brittany mula menggoda A. Dalam erti kata lain, A menjadi mangsa antunan seksual Brittany. Tidak lama kemudian, Brittany dan A telah melakukan hubungan seks dengan A samada di dalam kereta dan kelas sekolah. Bukan untuk sekali dua, tetapi berkali-kali. Malah pernah sekali Brittany melakukan perbuatan yang langsung tidak bermoral tersebut betul-betul di depan mata seorang pelajar lain yang telah disuruh untuk menjadi mata-mata. Selain itu, Brittany dan A kerap saling berbalas teks mesej yang berunsurkan lucah. Ini termasuklah Brittany menghantar gambar separuh bogelnya kepada A. Bahkan Brittany juga meyakinkan si A bahawa dia sanggup berhenti kerja sebagai guru supaya mereka berdua dapat hidup bersama.
Mesej perbualan antara Brittany dengan si A |
Sejak menjalinkan hubungan bersama Brittany, perangai si A mula berubah. Perubahan yang sangat ketara tersebut ternyata disedari oleh ibu bapanya. Maka ibu bapa A telah memasang aplikasi dinamakan Sentry Parental Control pada telefon anak mereka itu yang berfungsi untuk memantau kandungan mesej meragukan. Hasilnya, rahsia gelap si A pun terbongkar. Dia terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas dibentak oleh ibu bapanya. Mendengar pendedahan yang sangat mengejutkan tersebut, ibu bapa A yang berasa tidak puas hati terus menghubungi pengetua sekolah Brittany bagi membuat aduan. Selesai berbincang dengan pengetua itu, ibu bapa A bertindak untuk melaporkan hal Brittany kepada pihak polis walaupun dirayu oleh Brittany supaya tidak berbuat sedemikian. Perkara paling mengejutkan, Daniel yakni suami Brittany turut membuat permohonan maaf kepada ibu bapa A atas perbuatan isterinya yang telah melakukan antunan seksual. Seperkara yang harus diketahui, Daniel sudah lama mendengar khabar angin mengenai hubungan terlarang yang terjalin Brittany dengan A. Cuma tidak dapat dipastikan mengapa Daniel lebih rela memilih untuk mendiamkan diri.
Brittany akhirnya telah ditangkap oleh pihak polis pada penghujung bulan Mac 2018. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, pihak pendakwaan meminta Brittany dijatuhkan hukuman penjara dengan tempoh maksimum selama 44 tahun. Walau bagaimanapun, Brittany yang berasa menyesal dengan perbuatannya hanya dipenjarakan untuk 20 tahun kerana dia tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah. Brittany bakal dibebaskan menjelang usianya 40an kelak dengan status sebagai pesalah laku seksual di mana dia akan diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa untuk seumur hidup. Sementara itu, ibu bapa A pula telah memfailkan saman kepada Daniel dan pihak sekolah Goodyear kerana terlalu lambat bertindak untuk melaporkan kes Brittany kepada pihak berwajib. Mengenai Daniel, dia kini sudah pun bercerai dengan Brittany. Pelik tapi benar berikutan Daniel pada waktu sebelumnya sentiasa berdiri teguh di belakang Brittany. Ada pihak berspekulasi penceraian tersebut berlaku kerana Brittany ingin melindungi Daniel sepenuhnya. Ada juga yang mengatakan bahawa Brittany sudah mendapat teman lelaki baru dalam penjara.
Catat Ulasan for "KISAH BRITTANY ZAMORA : Guru Wanita yang Pedo"