KISAH NAIM VERA : Maaf! Aku Terpaksa!
Naim Vera |
Kisah seorang lelaki bernama dari Argentina bernama Naim
Vera ini pernah menjadi tular pada tahun lepas yakni tahun 2020. Dia yang
berusia 19 tahun adalah seorang pelajar doktor perubatan mengikut jejak langkah
kedua-dua ibu bapanya yang juga merupakan doktor terkenal serta berpengaruh.
Naim juga dikatakan sebagai seorang anak yang sangat baik dan mendengar kata.
Disebabkan ketampanannya, maka tidak hairanlah Naim menjadi kegilaan ramai para
wanita. Apatah lagi statusnya sebagai seorang lelaki pintar yang berasal
daripada keluarga kaya-raya.
Diringkaskan cerita, Naim telah menjalinkan hubungan dengan
seorang wanita bernama Brenda Micaela Gordillo iaitu seorang pemain hoki liga
tempatan yang usia tua lima tahun daripadanya. Hubungan tersebut adalah hasil
aturan daripada rakan-rakan mereka. Seperkara harus diketahui, Brenda yang
mendominasi perhubungan dengan cara mengongkong penuh hidup Naim. Adakalanya
Brenda sangat berasa marah kerana sering dilayan secara dingin oleh Naim yang
dilihatnya langsung tidak romantik. Ada beberapa sebab kenapa Naim bersikap
sedemikian. Pertama, dia bercinta dengan Brenda dalam keadaan terpaksa kerana
desakan rakan-rakannya. Kedua, Naim mahu memberikan lebih tumpuan terhadap
pelajaran seperti yang telah dinasihati oleh ibu bapanya.
Brenda Micaela Gordillo |
Pada bulan Februari 2020, Naim yang sudah tidak tahan dengan perangai Brenda akhirnya tekad untuk memutuskan hubungan mereka berdua. Perpisahan itu ternyata memberikan satu tamparan yang hebat kepada Brenda sebelum dia mengugut untuk membunuh diri jika Naim meninggalkan dirinya. Hubungan toksik tersebut bagaimanapun terpaksa Naim teruskan jua apabila dia telah dibelasah serta diugut bunuh oleh sekumpulan lelaki supaya tidak sesekali melepaskan Brenda. Lagi membuatkan Naim tidak tenteram, Brenda mendakwa sudah mengandungkan anaknya. Apa yang menjadi kerisauan Naim, berita kehamilan itu akan sampai ke pengetahuan ibu bapanya sekaligus mencemarkan nama baik dan reputasi keluarga mereka. Namun tanpa Naim sedari, Brenda sebenarnya tidak pernah hamil. Brenda sengaja berbohong sedemikian hanya semata-mata untuk memastikan Naim terus kekal bersamanya.
Hinggalah malam 1 Mac 2020, Naim telah mengajak Brenda untuk bermalam di sebuah apartment milik keluarganya. Apa yang berlaku kemudian, pasangan kekasih itu telah bergaduh dalam apartment berkenaan. Pergaduhan yang membawa kepada kematian Brenda akibat dibunuh oleh Naim melalui cara mulut disumbat dengan kain dan cekikan leher. Selepas Brenda tidak lagi bernyawa, Naim bertindak untuk mengerat mayat teman wanitanya itu kepada beberapa bahagian lalu dipanggang di atas tempat pemanggang barbeku. Pemanggangan tersebut dibuat adalah kerana Naim menyangka daging mayat manusia akan menjadi lembut jika dimasak dengan cara sebegitu. Jadi, kerja-kerja penghapusan mayat akan menjadi lebih mudah untuk Naim. Walau bagaimanapun, Naim ternyata tersilap besar apabila daging mayat Brenda itu menjadi semakin berbau. Disebabkan rasa panik, Naim segera beredar pergi dari apartment tersebut dengan membawa bungkusan yang mengandungi mayat Brenda. Sebahagian daripada mayat Brenda telah dibuang Naim ke dalam tempat pembuangan sampah dan sebahagian lagi pula ditanam.
Keesokan hari selepas kejadian, Naim yang seperti cacing kepanasan akhinya menceritakan tentang pembunuhan Brenda kepada ibu bapanya. Menyedari Naim telah melakukan satu kesalahan besar di sisi undang-undang, ibu bapanya telah membawa Naim kepada balai polis. Mayat Brenda seterusnya berjaya ditemui hasil pendedahan yang dibuat oleh Naim. Berita pembunuhan kejam Brenda itu telah menjadi tular hingga mencetuskan orang ramai terutamanya golongan feminis. Bahkan ada yang sanggup turun ke jalanan sebagai salah satu usaha desakan pihak polis supaya Naim dikenakan hukuman setimpal. Lagi mencetuskan kemarahan keluarga Brenda marah apabila Naim telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu hari perbicaraan. Keluarga Naim menerima tohmahan melampau yang mengatakan mereka telah merasuah pihak polis untuk membebaskan Naim sedangkan proses ikat jamin tersebut adalah mengikut prosedur sedia ada. Keluarga Naim juga terpaksa hidup dalam keadaan ketakutan apabila menerima kecaman dan ugutan berbaur bunuh daripada orang ramai secara berterusan. Malah setiap kali Naim keluar masuk mahkamah, dia terpaksa dikawal dengan begitu ketat sekali oleh pasukan polis atas dasar ancaman keselamatan.
Hasil keputusan perbicaraan kes pada bulan Jun tahun 2021 yang sebelum itu beberapa kali tertangguh berikutan pandemik Covid 19, Naim yang didapati bersalah atas pembunuhan Brenda telah menerima hukuman penjara untuk seumur hidup. Keputusan yang semestinya dirasakan adil oleh keluarga Brenda dan pejuang hak kaum wanita. Tidak kurang juga, ada sesetengah pihak bersimpati dengan nasib Naim yang telah menjadi mangsa keobsesan Brenda hingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan.
Catat Ulasan for "KISAH NAIM VERA : Maaf! Aku Terpaksa! "