Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH NEVADA TAN : Si Pembunuh Cilik yang Comel

    Pada 1 Jun 2004, rutin harian murid darjah enam di sekolah rendah Okubo, Sasebo berjalan seperti biasa. Tiba waktu rehat, mereka semua pun duduk di tempat masing-masing untuk makan tengah hari. Tidak lama kemudian, murid-murid dan cikgu dalam sebuah kelas telah dikejutkan dengan kemunculan seorang murid perempuan berusia 11 tahun di mana dia sedang memegang pisau dengan badannya penuh berlumuran darah. Lagi mengejutkan apabila murid yang hanya dikenali sebagai perempuan A tersebut membuat pengakuan bahawa darah yang membasahi tubuh badannya itu adalah darah milik orang lain. Perkara ini bermaksud, A baru saja melakukan pembunuhan! Pengakuan A tersebut ternyata telah mencetuskan situasi panik dalam kelas berkenaan.

Link Shopee : https://shope.ee/1VUiZoa7YC

    Jadi, ini sebenarnya yang berlaku. Pada waktu sebelum kejadian, A telah mengajak seorang rakan baiknya yang berusia 12 tahun iaitu Satomi Mitarai pergi ke sebuah kelas kosong untuk bermain satu permainan. Di situ, mata Satomi ditutup sebelum lehernya dikelar secara mendalam oleh A. Malah A juga bertindak untuk mengelar pergelangan tangan serta lengan Satomi bagi memastikan rakannya itu benar-benar mati. Selesai melakukan pembunuhan, A kembali semula ke kelas dengan lagak tenang menandakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pasukan paramedik yang tiba kemudian mengesahkan kematian Satomi di lokasi kejadian. Kes pembunuh Satomi telah menjadi bualan hangat rakyat Jepun pada waktu tersebut memandangkan usia A sebagai pelaku baru berusia 11 tahun! Bagaimana budak mentah itu boleh terfikir untuk membunuh dengan cara yang begitu kejam sekali.

Satomi Mitarai

    Berdasarkan sesi soal siasat yang dilakukan oleh pihak polis pada A, dia pada mulanya enggan untuk mendedahkan motif sebenar dia melakukan pembunuhan terhadap Satomi. Hinggalah satu ketika, barulah A membuka mulut bahawa semuanya berpunca daripada pergaduhan di laman forum internet. Cerita A, dia berasa begitu geram dengan Satomi yang telah beberapa kali mengejek tentang berat badannya. Menurut kenyataan dari pihak sekolah, A dan Satomi merupakan dua sekawan yang tidak pernah menimbulkan sebarang masalah disiplin di sekolah. Dalam erti kata lain juga, A adalah seorang murid normal yang berkelakuan baik.

Link Shopee : https://shope.ee/4plAXzr9ed

    Seperkara dapat dipastikan, kematian Satomi diyakini sebagai satu pembunuhan terancang berdasarkan rekod carian internet pada komputer miliknya yang ada melakukan carian maklumat tentang cara-cara untuk membunuh seseorang. Meskipun identiti si A telah dirahsiakan memandangkan statusnya sebagai pesalah bawah umur, namun nama sebenarnya terdedah jua hasil pendedahan daripada seorang wartawan daripada Fuji TV. Cuma tidak diketahui sama ada pendedahan tersebut adalah akibat kecuaian wartawan terbabit atau sebaliknya. Nama A yang sebenar dikenali sebagai Natsumi. Selain itu, A dilaporkan begitu obses dengan novel dan filem ganas Jepun yang berjudul Battle Royale. Secara ringkasnya, Battle Royale adalah tentang sekumpulan pelajar yang saling berbunuhan antara satu sama lain dengan orang terakhir yang hidup dikira sebagai pemenang.

    Harus diketahui, nama serta meme “Nevada Tan” tercipta hasil daripada foto A yang dilihat memakai jaket bertulis Nevada semasa sesi fotografi bersama guru dan rakan sekelasnya termasuk Satomi. “Tan” pula dikatakan merujuk kepada panggilan manja kepada budak. Tentang keputusan perbicaraan kes pada tahun 2006, A telah dihantar ke sebuah tempat pemulihan yang terletak di wilayah Tochigi dengan penahanan selama dua tahun. Kurang jelas akan status terkini A. Walau bagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan dia sudah pun dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2013 yang lalu dengan diberikan identiti baru.

Catat Ulasan for "KISAH NEVADA TAN : Si Pembunuh Cilik yang Comel"