Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH OTTY SANCHEZ : Ibuku Si Kanibal

Otty Sanchez bersama bayinya

    Pada 5 Julai 2009 yakni pada sekitar pukul 5 pagi bertempat di San Antonio, Texas, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon kecemasan daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Priscilla Garcia. Menerusi panggilan telefon itu, Priscilla memberitahu bahawa adik perempuannya iaitu Otty Sanchez (33 tahun) telah membunuh bayi lelakinya sendiri yang baru berusia tiga minggu bernama Scott Wesley Buchholz-Sanchez. Kejadian pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku di rumah Priscilla sendiri. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka telah menemui mayat Scott dalam keadaan yang begitu mengerikan. Bayangkan, tiga jari kaki Scott dikerat! Malah, sebahagian daripada otaknya telah dimakan oleh Otty. Sementara itu, Otty pula terus dikejarkan ke hospital selepas mencederakan dirinya sendiri pada bahagian perut dan leher. Setelah mendapatkan rawatan, maka Otty pun didakwa atas kesalahan membunuh.

    Jadi, kenapa Otty melakukan pembunuhan kejam terhadap bayinya sendiri? Jawapannya, dia ada mengidap penyakit mental skizofrenia. Pada waktu sebelum kejadian, Otty yang mula mendengar suara halus sejak dari tahun 2006 dilaporkan sudah beberapa kali keluar masuk hospital bagi menjalani rawatan. Bulan Mei tahun 2008, ibu Otty iaitu Manuela Sanchez telah melaporkan Otty yang langsung tidak pulang ke rumah selepas mengunjungi bandar Austin. Hasil maklumat yang diterima oleh pihak polis, Otty rupa-rupanya didapati berada di sebuah kedai farmasi selama berjam-jam hanya kerana disuruh oleh suara halus yang menyuruhnya untuk duduk menunggu di situ. Seperkara yang harus diketahui, keadaan Otty pernah beransur pulih selepas dia mengambil ubat-ubatan seperti yang telah disarankan oleh pakar psikiatri. Dalam erti kata lain, bisikan suara halus berkenaan sudah tidak bergema di telinga Otty. Namun malang sekali apabila Otty tidak dapat membeli ubat-ubatan tersebut secara berterusan kerana kos harga yang sangat mahal.

Otty dan Scott Buchholtz

    Tidak lama selepas bekalan ubat-ubatannya terhenti, Otty telah hamil. Waktu kehamilan inilah yang menyebabkannya mengalami kemurungan teruk. Lebih parah apabila Otty enggan untuk mendapatkan sebarang rawatan perubatan. Disebabkan itu, Otty kembali berhalusinasi selepas kelahiran Scott. Beberapa hari sebelum kejadian, Otty telah pergi ke hospital bagi mengadu tentang penyait halusinasi yang dialaminya semakin bertambah teruk. Antara halusinasi pendengaran yang dia alami termasuklah tentang syaitan yang sudah merasuki Scott dan Manuela yang merupakan pembunuh Presiden Ameriksa Syarikat John F. Kennedy dan aktres Marilyn Monroe. Sesudah dirawat, Otty terus dibenarkan untuk keluar dari hospital. Dia kemudian membuat keputusan untuk membawa Scott tinggal bersama dengan Priscella serta Manuela selepas mendapat keizinan daripada teman lelakinya yang bernama Scott Buchholtz. Otty dan teman lelakinya sebelum itu tinggal serumah.

    Berbalik dengan cerita waktu kejadian, Otty yang terhasut dengan bisikan suara halus berkenaan akhirnya tekad untuk menetak, menikam dan mengerat Scott dengan pisau dan dua bilah pedang jenis samurai. Sewaktu Priscella bercakap dengan pihak operator talian kecemasan 911, kedengaran suara Otty berkata,

    “Aku sayangkan dia (bayi Scott). Akyu tak berniat nak melakukan ini. ‘Dia’ yang menyuruh aku melakukannya.”

    “Aku dah cakap, datang dekat aku.” Kata Priscella.

    “Aku dah cuba! Tapi kau cakap kau dah mati!” Jerit Otty.

    “Aku masih hidup. Aku ada dekat sini.” Balas Priscella.

    Tentang keputusan perbicaraan kes, pihak juri telah memutuskan bahawa Otty didapati tidak bersalah atas pembunuhan Scott kerana disahkan tidak waras. Walau bagaimanapun, Otty tetap diperintah untuk ditahan serta dirawat di hospital sakit jiwa. Sewaktu meninggalkan mahkamah, Otty sempat memberi ucapan “Bye. I love you.” kepada Scott Buchholtz. Menurut Scott Buchholtz, Otty merupakan seorang teman wanita dan ibu yang sangat baik. 

Catat Ulasan for "KISAH OTTY SANCHEZ : Ibuku Si Kanibal "