Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM RATU CANTIK HONDURAS

Maria Jose

    Maria Jose atau nama sebenarnya Maria Jose Alvarado Munoz dengan tarikh kelahiran 19 Julai 1995 di Santa Barbara, Honduras ini adalah seorang wanita cantik yang berasal daripada keluarga bertaraf hidup sederhana. Dia yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik mula giat menyertai pertandingan ratu cantik sejak dari usianya 15 tahun lagi. Selain itu, Maria juga begitu rapat dengan kakak keduanya iaitu Sofia Trinidad Alvarado Munoz yang tua lebih tiga tahun daripadanya. Karier Maria sebagai seorang model bermula selepas dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan ratu cantik Honduras kategori remaja pada tahun 2012. Namun pada tahun yang sama, bapa Maria telah meninggal dunia pada tahun 2012 akibat penyakit kanser yang dialaminya.

Link Shopee : https://shope.ee/4phiiWjPOq

    Dua tahun selepas kematian bapanya itu, Maria telah berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik Honduras. Maka dengan gelaran juara tersebut, Maria terpilih secara automatik menjadi wakil Honduras untuk bersaing dalam pertandingan ratu cantik dunia yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun 2014 bertempat di London. Selain memiliki paras rupa yang sangat cantik dengan berperwatakan bijak, Maria juga dikatakan sangat disenangi oleh ramai kerana sikapnya yang begitu sopan dan peramah.

Sofia dan Maria

    Perjalanan karier Maria sepertinya nampak sempurna. Setelah bergelar sebagai seorang selebriti, Maria telah berjaya mengubah kehidupan keluarganya menjadi lebih senang. Cuma ada satu masalah untuk Maria. Masalah tersebut adalah tentang teman lelaki Sofia yang dikenali sebagai Plutarco Ruiz. Ibu Maria sendiri iaitu Teresa Munoz tidak merestui perhubungan Sofia dengan Plutarco kerana lelaki berkenaan dirasakan bulan calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai menantu. Ini berikutan hasil siasatan Teresa yang mendapati Plutarco merupakan anggota sindiket kartel dadah. Rentetan daripada perkara itu, Teresa beberapa kali telah menasihati Sofia agar memutuskan saja hubungan dengan Plutarco yang bersikap suka mengongkong, panas baran, dan kuat cemburu. Bagi Teresa, Sofia berhak untuk mendapatkan lelaki yang lebih baik. Walau bagaimanapun, bukan mudah Sofia untuk meninggalkan Plutarco yang sering membuat ancaman berbahaya jika hubungan mereka berdua terputus di tengah jalan.

    Kisah sebenar bermula pada bulan November 2014 apabila Plutarco telah menyewa sebuah restoran untuk menyambut ulang tahun kelahirannya . Plutarco kemudian menyuruh Sofia supaya mengajak Maria untuk menghadiri pesta itu sekali. Ingat, Maria adalah ratu cantik Honduras. Maka satu kebanggaan buat Plutarco jika Maria hadir ke pestanya. Pada mulanya, Maria menolak keras pelawaan Sofia kerana dia benar-benar tidak menyukai Plutarco. Tambahan pula, Maria sedang sibuk membuat persiapan terakhir sebelum berlepas ke London sempena pertandingan ratu cantik dunia. Namun setelah didesak oleh Sofia secara berterusan, maka Maria pun bersetuju untuk berpesta sekali. Persetujuan Maria tersebut berkemungkinan besar sebenarnya lebih kepada untuk menjaga hati Sofia.

Plutarco Ruiz

    Pesta anjuran Plutarco itu telah berlangsung pada malam 13 November 2014 dengan keadaan pada mulanya dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Malah, Plutarco ternyata berasa begitu teruja dengan kehadiran Maria. Suasana pesta tersebut bagaimanapun tiba-tiba berubah apabila Plutarco yang dalam keadaan mabuk teruk telah bertengkar dengan Sofia. Pertengkaran itu dikatakan berpunca daripada kemarahan Plutarco setelah dia melihat Sofia menari bersama lelaki lain. Menyedari Plutarco yang semakin bertindak agresif, Sofia yang enggan untuk terus bertengkar cuba beredar pergi dari restoran tersebut. Belum sempat melangkah keluar, dia tiba-tiba telah ditembak oleh Plutarco dari arah belakang dengan tembakan pistol sebanyak lapan das tembakan. Melihat kejadian mengejutkan itu, Maria bergegas pergi memeluk tubuh badan kakaknya yang terbaring bernyawa di atas lantai dalam keadaan sudah tidak lagi bernyawa. Plutarco yang berasa marah kerana dilayan dingin oleh Maria pada waktu sebelum itu terus melepaskan beberapa tembakan ke arah ratu cantik Honduras tersebut. Para tetamu yang menjadi saksi kejadian tergamam untuk seketika sebelum menerima ugutan bunuh daripada Plutarco jika ada antara mereka yang menceritakan tentang insiden tersebut kepada pihak polis. Selepas kejadian, Plutarco dengan ditemani oleh pengawal peribadinya iaitu Aris Maldonado telah pergi menanam mayat Sofia dan Maria di dalam sebuah kawasan hutan.

Link Shopee : https://shope.ee/AUM5T3gniK

    Sementara itu, Teresa mula berasa bimbang berikutan tidak dapat untuk menghubungi Sofia dan Maria. Apatah lagi kebimbangan tersebut disebabkan Teresa tidak tahu menahu mengenai lokasi kedua-dua anaknya itu pada hari kejadian. Tanpa berlengah, Teresa segera membuat laporan polis tentang kehilangan Sofia dan Maria. Memandangkan status Maria sebagai selebriti terkenal, pihak polis menerima tekanan daripada ramai pihak bagi menyelesaikan kes tersebut secepat yang mungkin. Berita kehilangan Sofia dan Maria terus menjadi berita sensasi di Honduras. Hanya selepas seminggu operasi pencarian, barulah mayat dua beradik itu berjaya jua ditemui. Penemuan tersebut dibuat hasil pendedahan daripada Aris Maldonado yang telah digertak oleh pihak polis untuk mendedahkan perkara sebenar. Susulan penemuan mayat Sofia dan Maria itu juga telah mendorong pihak polis melakukan penggeledahan di rumah Plutarco bagi kerja-kerja pengumpulan bukti.

    Penahanan Plutarco sememangnya mendapat tumpuan besar oleh pihak media. Plutarco yang menyedari perkara ini sentiasa tersenyum di depan lensa kamera wartawan kerana dengan cara sedemikian dia akan dapat menggunakan alasan tidak waras sebagai alasan pembunuhan. Jika benar didapati tidak waras, Plutarco bakal ditahan di hospital sakit jiwa. Helah Plutarco itu tidak menjadi seperti yang diharapkan ekoran pemeriksaan pakar psikiatri yang telah mendapatinya waras. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes tahun 2017, Plutarco yang didapati bersalah atas pembunuhan Sofia dan Maria telah dijatuhkan hukuman penjara selamat 45 tahun. Aris Maldonado dan pasangan suami isteri yakni pemilik kepada restoran lokasi kejadian pula dipenjarakan untuk 4 tahun kerana bersubahat dalam menghapuskan bahan bukti.

Link Shopee : https://shope.ee/3VCGqD7m4n

    Pemergian Sofia dan Maria telah diratapi oleh ribuan rakyat Honduras. Teresa benar-benar berasa sedih kerana kehilangan dua anak perempuan sekaligus. Honduras akhirnya telah membuat keputusan untuk tidak menghantar sebarang wakil peserta untuk pertandingan ratu cantik dunia tahun 2014 sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Maria. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM RATU CANTIK HONDURAS"