Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PASANGAN KEKASIH TIKTOK DIEJEK SEBAGAI NENEK DAN CUCU

    AMERIKA SYARIKAT - Benarlah orang kata, cinta itu sememangnya tidak mengenal bangsa, usia dan agama. Cinta ada kalanya datang daripada niat hati yang tulus serta iklah. Baru-baru ini tular, tular tentang sepasang kekasih di Tiktok yang mempunyai perbezaan usia 37 tahun. Si lelaki yang bernama Quran McCain baru berusia 24 tahun, manakala teman wanitanya iaitu Cheryl McGregor pula berusia 61 tahun. Seperkara yang harus diketahui, Cheryl dikatakan sudah mempunyai seramai 17 orang cucu. Diulangi, 17 orang cucu. Walaupun mereka berdua telah diejek oleh pengguna Tiktok sebagai pasangan nenek dan cucu, semua itu langsung tidak menghalang Quran dan Cheryl daripada terus saling mencintai antara satu sama lain.

    Berdasarkan laporan daripada media, pasangan berkenaan mula bertemu ketika masing-masing bekerja di sebuah restoran yang terletak di Georgia. Namun Quran yang berusia 15 tahun tersebut tidak menaruh sebarang perasaan terhadap Cheryl. Tidak lama selepas itu, mereka berdua telah terputus hubungan sebelum kembali bertemu pada tahun lepas di sebuah kedai runcit tempat Cheryl bekerja. Bermula saat inilah, hubungan romantik antara mereka mula terjalin. Quran dan Cheryl kemudian memuat turun video mereka sebagai pasangan bercinta di Tiktok. Kedua-dua mereka juga mengabaikan segala komen berbaur ejekan dan kebencian yang diberikan oleh pengguna Tiktok.

    Kata Quran,

    “Walaupun kami berdua mempunyai perbezaan usia yang begitu ketara, kami tidak pernah terfikir pun tentang perkara itu kerana Cheryl adalah seorang yang berjiwa muda.”

    Cheryl pula berkata,

    “Ada sesuatu yang luar biasa tentang saya dan Quran. Saya tidak pernah terfikir untuk mencintai seseorang seperti ini dan kami akan bersama. Dia adalah insan yang sangat menakjubkan. Kami berdua mempunyai banyak keserasian walaupun dia jauh lebih muda daripada saya.”

    Video gelagat aksi mesra Quran dan Cheryl yang sudah bertunang boleh ditonton menerusi akaun Tiktok @ttvleolove_3 yang kini mempunyai pengikut seramai lebih daripada 800 000 orang pengikut serta 12 juta tanda suka.

Catat Ulasan for "PASANGAN KEKASIH TIKTOK DIEJEK SEBAGAI NENEK DAN CUCU"