Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KENALI SUNIL KUCHIKORVI, LELAKI KANIBAL YANG MEMAKAN IBUNYA SENDIRI

    Pada tahun 2017, Sunil Kuchikorvi merupakan seorang pemuda berusia 35 tahun yang tinggal berdua bersama dengan ibunya. Rumah mereka terletak di sebuah kawasan perkampungan yang terletak di kawasan Kolhapur, Maharashtra, India. Seperkara harus diketahui, segala makan dan minum Sunil ditanggung sepenuhnya oleh ibunya yang sudah pun berusia 62 tahun waktu tersebut. Selain itu, Sunil yang bekerja sebagai seorang buruh binaan mempunyai satu tabiat burut iaitu ketagihan alkohol. Malah Sunil juga sering meminta wang daripada ibunya dengan cara yang begitu kasar tidak lain tidak bukan hanya semata-mata untuk membeli minuman keras. Wang yang selalu diambil Sunil adalah wang pencen daripada mendiang bapanya. Hinggalah satu hari, Sunil telah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya disebabkan perangai buruknya yang semakin menjadi-jadi.

    Kisah sebenar bermula pada 28 Ogos 2017 di mana Sunil kembali semula ke rumah dengan tujuan menagih wang daripada ibunya. Cuma pada kali ini, ibu Sunil berkeras untuk tidak memberikan wang kepada Sunil walaupun untuk nilai satu sen pun. Hal ini membuatkan Sunil berasa marah hingga menyebabkannya untuk bertindak di luar kawalan. Jadi apa yang Sunil lakukan kemudian adalah menikam perut ibunya dengan menggunakan senjata tajam. Selepas tikaman tersebut, Sunil telah mengerat lengan dan kaki ibunya yang ketika itu merayu-rayu untuk dibiarkan hidup. Paling mengerikan, Sunil membelah badan ibunya lalu dikeluarkannya satu demi satu organ seperti jantung, paru-paru, usus dan buah pinggang. Selesai berbuat sedemikian, Sunil pergi memasak pula jantung ibunya dengan campuran serbuk cili, garam dan lada. Siap dimasak, jantung tersebut telah Sunil kunyah dengan penuh selera.

    Tanpa Sunil duga, kejadian pembunuhan ngeri itu telah disaksikan oleh seorang budak yang kedengaran menangis teresak-esak di pintu rumahnya. Menyedari kehadirannya sudah disedari Sunil, budak berkenaan terus lari bertempiaran dari lokasi kejadian. Curiga dengan tangisan budak tersebut, penduduk setempat bergegas menuju ke rumah Sunil. Maka dari situ, terbongkarlah segala-galanya. Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian terus menangkap Sunil dengan serta merta. Berhubung keputusan perbicaraan kes pada bulan Julai 2021, Sunil yang didapati bersalah atas pembunuhan kejam terhadap ibu kandungnya itu telah dijatuhkan hukuman mati. 

Catat Ulasan for "KENALI SUNIL KUCHIKORVI, LELAKI KANIBAL YANG MEMAKAN IBUNYA SENDIRI"