Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN LIAM HUSTED SI BUDAK AUTISME YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

Liam Husted

    Ingat, anak adalah anugerah dan rezeki yang paling terindah daripada Tuhan. Bersyukur dan jagalah anak sebaik yang mungkin dengan penuh keihklasan serta kesabaran.

    Nicholas Husted dan Samantha Moreno Rodriguez merupakan sepasang suami isteri muda yang tinggal di San Jose, California. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki autisme yang bernama Liam Husted. Walaupun Liam seorang austime, dia adalah seorang budak yang dikatakan begitu pintar. Malah dalam kehidupan sehariannya, Liam yang lebih rapat dengat Nicholas sentiasa dalam keadaan bertenaga untuk bermain. Cumanya, Nicholas dan Samantha sering bertengkar antara satu sama lain berhubung dengan masalah cara terapi dan penjagaan Liam. Menjaga budak autisme bukan mudah kerana semua itu memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Liam dan bapanya

    Kisah sebenar bermula pada 24 Mei 2021 di mana hari tersebut Nicholas terus pulang ke rumah sebaik selesai waktu bekerja. Setibanya di rumah, Nicholas dikejutkan dengan sekeping nota perpisahan yang telah ditinggalkan oleh Samantha. Menerusi nota berkenaan, Samantha memberitahu bahawa dia dan Liam akan mencari rumah lain untuk mereka diami. Pada mulanya, Nicholas yang benar-benar terkilan dengan tindakan Samantha tidak mahu membuat laporan polis kerana enggan untuk menyusahkan isterinya itu. Lagipun, Nicholas cuba berfikiran baik memandangkan Samantha dilihatnya sebagai ibu yang baik dan penyayang terhadap Liam. Jadi mustahil Liam akan diapa-apakan.

    Namun beberapa hari kemudian yakni selepas tidak mendapat sebarang perkhabaran berita daripada Samantha, maka Nicholas pun pergi membuat laporan polis tentang kehilangan Liam. Laporan tersebut dibuat oleh Nicholas susulan Samantha yang banyak kali gagal untuk dihubungi. Hinggalah pada 28 Mei 2021, pihak polis telah menerima maklumat tentang penemuan mayat seorang budak lelaki dalam keadaan bertelanjang di sebuah kawasan gunung pendakian yang terletak di Nevada berhampiran dengan Las Vegas. Menerusi pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada tubuh mayat budak lelaki itu. Seperkara yang dapat dipastikan, budak lelaki tersebut telah mati dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke lokasi penemuan mayat.

Samantha Moreno Rodriguez

    Selepas hampir dua minggu, barulah identiti mayat budak lelaki itu dapat dikenalpasti. Dia disahkan sebagai Liam Husted. Pengenalpastian tersebut berjaya dibuat hasil maklumat daripada seorang rakan Samantha setelah dia melihat lakaran wajah mayat seorang budak lelaki yang polis telah edarkan kepada orang ramai. Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, mereka mendapati Samantha dan Liam ada bermalam di sebuah motel pada malam sebelum hari kejadian pembunuhan berlaku. Liam dipercayai mati akibat dicekik oleh ibu kandungnya. Tentang Samantha, pihak polis berjaya menangkapnya pada 8 Jun 2021 di sebuah hotel. Paling tidak diterima, penangkapan itu dilakukan ketika Samantha sedang bersarapan pagi bersama dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya. Cuba fikirkan, Samantha telah membunuh anaknya sendiri lalu boleh menikmati sarapan dengan begitu santai?

    Samantha akhirnya membuat pengakuan bahawa pembunuhan tersebut berlaku adalah kerana dia sudah tidak tahan dengan tingkah laku Liam yang tidak berhenti-henti menangis walaupun sudah dipujuk. Jika benar sekalipun tentang perkara ini, kenapa Samantha tidak meninggalkan saja Liam di bawah jagaan Nicholas sepenuhnya? Mengapa harus membunuh anak kandungnya sendiri? Diulangi, anak kandung. Pada masa sama, Nicholas ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah melihat Samantha berlaku ganas atau mencederakan Liam sepanjang tempoh waktu perkahwinan mereka. Nicholas ternyata berasa sangat sedih dengan kehilangan anak lelakinya yang tercinta. Walau bagaimanapun, dia masih dapat merasakan kehadiran Liam di sisinya. Buat masa sekarang, perbicaraan kes masih lagi berjalan.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN LIAM HUSTED SI BUDAK AUTISME YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN "