Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PADAH BERLAKU CURANG, KEPALA WANITA DIPENGGAL SUAMI SENDIRI

    Kisah pembunuhan kejam ini dilaporkan pada bulan Oktober tahun 2020 bertempat di sebuah kawasan perkampungan Uttar Pradesh. Di kampung itu, ada sepasang suami isteri yang bernama Kinnar Yadav (40 tahun) dan Vimla (30 tahun). Kinnar bekerja sebagai seorang petani bagi menyara kehidupan keluarganya. Pasangan suami isteri tersebut juga mempunyai dua orang anak lelaki. Pada awalnya, kehidupan rumah tangga Kinnar dan Vimla dikatakan jarang mempunyai masalah. Dalam erti kata lain, mereka berdua hidup bahagia seperti kebanyakan pasangan lain.

    Lama-kelamaan berkahwin, Kinnar dan Vimla sering bertengkar. Pertengkaran tersebut berpunca daripada Kinnar yang mula mengesyaki isterinya itu telah berlaku bercurang. Rasa curiga Kinnar adalah berikutan terdapat perubahan perangai yang begitu ketara pada Vimla. Setiap kali Kinnar pulang dari bekerja, dia mendapati Vimla kerap tiada berada di rumah. Malah Vimla selalu pulang lewat ke rumah. Apabila ditanya tentang keberadaannya, ada saja alasan yang diberikan oleh Vimla. Lagi membuatkan Kinnar berasa curiga, dia dilayan Vimla secara acuh tidah acuh. Dari hari ke hari, perangai Vimla semakin menjadi-jadi. Kinnar juga ada mendengar gosip yang menjadi bualan hangat penduduk kampung yakni semasa dia keluar pergi bekerja, ada seorang lelaki sering keluar masuk ke dalam rumahnya. Namun disebabkan terlalu sayangkan Vimla dan tidak mempunyai bukti kukuh untuk menuduh isterinya itu melakukan satu pengkhianatan besar, Kinnar terpaksa mengalah pada setiap kali mereka berdua bertengkar.

    Hinggalah satu hari, Kinnar keluar dari rumah seperti kebiasaannya. Cuma pada hari berkenaan, dia bukan pergi bekerja tetapi ingin pergi membeli seekor kerbau menggunakan duit hasil tabungannya selama ini. Sewaktu Kinnar dalam perjalanan, dia telah berpatah balik ke rumah. Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan Kinnar mengambil tindakan sedemikian. Sampai saja di rumah, alangkah terkejutnya Kinnar apabila mendapati Vimla sedang bermesraan dengan seorang jiran lelaki mereka yang dikenali sebagai Ravikant. Melihat keadaan tersebut, Kinnar yang tidak berfikir panjang terus pergi mengambil kapak lalu menyerang Ravikant. Meskipun serangan itu telah menyebabkan Ravikant mengalami kecederaan, dia bernasib baik apabila dapat melarikan diri. Kinnar cuba mengejar namun sempat dihalang serta cuba ditenangkan oleh Vimla sekaligus menyebabkan situasi semakin tidak terkawal. Apa yang berlaku kemudian, Kinnar melepaskan kemarahan terhadap Vimla. Kepala isterinya itu telah Kinnar tetak dengan kapak hingga terputus dari leher. Seperkara yang harus diketahui, kedua-dua anak Kinnar tidak berada di rumah sewaktu kejadian pembunuhan berlaku.

    Menyedari kesalahan besar yang sudah dilakukannya, maka Kinnar pergi berjalan kaki menuju ke balai polis yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya untuk menyerah diri. Tangan kanan Kinnar menggenggam kapak manakala tangan kirinya pula memegang kepala Vimla. Sepanjang perjalanan Kinnar tersebut, orang ramai tidak berani untuk mendekatinya. Sejurus tiba di balai polis, dia menceritakan segala-gala termasuk menjelaskan motif pembunuhannya kepada anggota polis yang bertugas. Kinnar pun disuruh oleh pihak polis untuk di atas kerusi sebelum akhirnya ditangkap. Sementara itu, Ravikant yang dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya telah dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Tentang hukuman Kinnar, tiada sumber artikel yang sahih mengenai perkara tersebut.

Catat Ulasan for "PADAH BERLAKU CURANG, KEPALA WANITA DIPENGGAL SUAMI SENDIRI"