PENGAMAL ILMU HITAM DITEMUI MATI
Rusia – Seorang wanita yang juga merupakan seorang pengamal
ilmu hitam telah ditemui mati dalam keadaan telanjang bersama dengan anak
perempuan dan seekor kucing di rumah mereka. Wanita berusia 32 tahun yang
dikenali sebagai Elizaveta Ysarevskaya itu dipercayai telah menikam mati
anaknya dan kucing berkenaan terlebih dahulu sebelum bertindak membunuh diri.
Berdasarkan penemuan objek ritual di lokasi kejadian yang
penuh dengan lumuran darah tersebut, kematian Elizaveta diyakini mempunyai
unsur ilmu hitam. Turut ditemui di sebelah mayat Elizaveta adalah gambar bekas
teman lelakinya. Sewaktu ketibaan pihak polis, mereka mendapati rumah jenis
apartment yang didiami oleh Elizaveta dikunci dari dalam.
Menurut keterangan daripada Artur Rusin yakni suami Elizaveta yang berusia 26 tahun, isterinya itu sebelum ini merupakan pelajar jurusan arkitek dengan kepujian tertinggi serta berbakat dalam bidang rekaan baju. Walau bagaimanapun, Elizaveta secara tiba-tiba menjadi obses dengan ilmu ghaib hingga mencuba untuk berkomunikasi dengan mati. Seperkara lagi harus diketahui, Elizaveta dikatakan mempunyai seorang teman lelaki bernama Anton yang juga seorang pemuja ilmu hitam. Malah, anak perempuan Elizaveta yang terkorban tersebut merupakan anak hasil hubungan terlarangnya bersama dengan Anton. Artur yang mengetahui tentang perkara terbabit telah membesarkan anak perempuan Elizaveta seperti anak kandungnya sendiri.
Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis serta pada masa yang sama mereka sedang mengesan lokasi keberadaan Anton.
Catat Ulasan for "PENGAMAL ILMU HITAM DITEMUI MATI"