KISAH ANNA ZAYACHKIVSKA : Antara Cinta, Harta dan Kebencian
Anna Zayachkivska merupakan seorang model cantik yang
dilahirkan pada tarikh 12 Disember 1991 bertempat di Ivano-Frankivsk, Ukraine.
Selain daripada bergelar sebagai seorang model, Anna juga adalah pemenang Ratu
Cantik Ukraine 2013 sekaligus menjadi wakil negaranya untuk bertanding di
pertandingan Ratu Cantik dunia yang diadakan di Bali, Indonesia pada tahun yang
sama. Pada penghujung tahun 2015, Anna telah berkahwin dengan seorang lelaki jutawan
dari negara Itali bernama Gianluca Cervara yang berusia 41 tahun waktu
itu. Gianluca boleh dikatakan sebagai lelaki idaman wanita kerana selain
daripada kaya, dia juga memiliki paras rupa yang tampan.
Selepas berkahwin, Anna meninggalkan negara kelahirannya
untuk tinggal bersama dengan Gianluca di sebuah rumah mewah yang terletak di
Milan, Itali. Setelah bergelar sebagai isteri kepada Gianluca, Anna meninggalkan
kariernya sebagai modeling untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Anna dan Gianluca |
Pada awal perkahwinan Gianluca dan Anna, hubungan mereka dikatakan sangat bahagia. Namun beberapa bulan berikutnya yakni pada tahun 2016, Gianluca telah melaporkan kehilangan Anna kepada pihak polis. Laporan tersebut dibuat Gianluca selepas isterinya itu langsung tidak pulang ke rumah. Gianluca mempercayai bahawa Anna berkemungkinan besar telah diculik dengan penculikan tersebut didalangi oleh individu yang memusuhi Gianluca. Operasi mencari Anna kemudian dilakukan secara besar-besaran oleh pihak berkuasa Itali termasuklah melakukan pencarian di Ukraine. Walau bagaimanapun, Anna tetap gagal untuk ditemui. Namun pada seminggu selepas kehilangan Anna, Gianluca telah menemui sesuatu yang benar-benar tidak diduganya sama sekali.
Anna bukanlah hilang atau diculik seperti yang
digembar-gemburkan. Anna rupa-rupanya ada berada di New York, Amerika Syarikat
bersama dengan seorang lelaki yang diyakini sebagai teman lelakinya. Perkara
itu diketahui oleh Gianluca setelah melihat sendiri foto yang dimuatnaik Anna
pada laman akaun Instagram miliknya. Dalam erti kata lain, Anna yang berlaku
curang telah sengaja meninggalkan suaminya. Ternyata ramai pihak yang terkejut
dengan tindakan Anna berkenaan. Tidak kurang juga ada pihak mengecam perbuatan
Anna yang langsung tidak bersyukur memiliki seorang suami yang hampir sempurna.
Anna dan Gianluca |
Gianluca yang berasa kecewa dan marah seterusnya bertindak untuk memfailkan dakwaan terhadap Anna kerana telah melanggar syarat tuntutan perkahwinan mereka. Rentetan dariapada perkara tersebut, maka Anna terpaksa kembali ke Itali untuk dibicarakan. Maka bermula dari sini, tersingkap satu rahsia gelap yang disimpan oleh Anna. Dia memberitahu pihak berkuasa tentang Gianluca yang sebenarnya bukan seorang suami baik. Gianluca bukan saja seorang lelaki panas baran, bahkan juga kaki pukul. Sepanjang tempoh perkahwinannya bersama Gianluca, Anna mendakwa sering menjadi mangsa pukul hanya disebabkan perkara yang begitu remeh temeh. Cerita Anna lagi, Gianluca mengongkong penuh hidupnya termasuklah mengawal cara pemakaian. Selain itu, Gianluca juga sering meludah muka Anna seolah-olah Anna adalah seorang wanita murahan.
Seperkara harus diketahui, Anna pernah pulang ke Ukraine
kerana sudah tidak tahan untuk hidup bersama Gianluca. Walau bagaimanapun, Anna
kembali semula ke Itali akibat termakan dengan pujukan rayu Gianluca. Perkara
tersebut adalah salah satu kesilapan terbesar yang dibuat oleh Anna kerana
perangai Gianluca tetap tidak berubah. Sebelum berkahwin, Gianluca banyak
merahsiakan hal-hal peribadinya daripada pengetahuan Anna. Hanya dua perkara
yang diberitahu Gianluca kepada Anna sebelum mereka berkahwin. Pertama adalah
tentang perniagaan, kedua pula mengenai umurnya. Malah terdapat sumber mengatakan
bahawa keluarga Gianluca tidak menghadiri majlis perkahwinan Gianluca dan Anna
yang khabarnya telah diadakan secara mewah.
Menurut Anna, dia ada meninggalkan surat kepada Gianluca
sebelum bertindak untuk melarikan diri ke New York. Kandungan dalam surat
tersebut adalah tentang segala luahan isi hati Anna. Perkara ini bermaksud
Gianluca sebenarnya telah pun tahu punca sebenar Anna melarikan diri. Jadi, Gianluca
sengaja membuat laporan polis serta menghebohkan kehilangan Anna adalah salah
satu taktiknya bagi mendapatkan simpati ramai pihak.
Kalau mengikut undang-undang Itali, Gianluca dan Anna sama-sama didapati bersalah jika pendakwaan dibuat. Gianluca melakukan penderaan, Anna pula melanggar tuntutan perkahwinan kerana curang. Pengakhiran kisah, kedua-dua mereka memilih untuk saling memaafkan sesama sendiri sebelum meneruskan kehidupan masing-masing.
Catat Ulasan for "KISAH ANNA ZAYACHKIVSKA : Antara Cinta, Harta dan Kebencian"