Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LIMA FAKTA MENAKUTKAN TENTANG RICHARD HUCKLE


    Siapa saja tidak kenal Richard Huckle yakni seorang pedofil yang dianggap media Inggeris sebagai pedofil paling berbahaya serta jijik pernah wujud di dunia. Dia sebelum ini merantau di negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan berselindung di sebalik karakter sebagai seorang jurukamera dan guru bahasa Inggeris yang berkhidmat untuk komuniti miskin. 

    Para penyiasat telah menemui lebih daripada 20 000 keping gambar serta video lucah Richard melakukan serangan seksual terhadap mangsanya. Berikut adalah lima fakta ringkas tentang Richard Huckle :

1. DIPERCAYAI MEROGOL LEBIH DARIPADA 200 ORANG KANAK-KANAK

    Richard Huckle telah memulakan aktiviti pedofil sejak dia dari berusia 19 tahun. Dia dipercayai sudah melakukan jenayah keji itu terhadap seramai 200 orang kanak-kanak. Walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut, Richard membuat pengakuan telah mencabul dan merogol  22 orang kanak-kanak yang berusia dari enam bulan hingga 12 tahun.

2. MENULIS MANUAL TENTANG PEDOFIL

Richard ada menulis dokumen manual garis panduan tentang cara menjadi seorang pedofil. Manual yang ditemui oleh pihak polis di dalam komputer Richard itu berjudul “Paedophiles And Poverty : Child Lover Guide”. Manual berkenaan menerangkan kepada pembaca tentang cara mencabul kanak-kanak berserta butiran terperinci aksi seksual bersama mangsanya. Seperkara lagi yang harus diketahui, manual terkutuk ini Richard ingin terbitkan di laman web gelap iaitu Dark Web. Dalam laman web ini juga, Richard menjual gambar mangsanya sebagai tukaran matawang Bitcoins.

3. DIJEJAKI OLEH PENYIASAT YANG MENYAMAR SEBAGAI PEDOFIL

    Richard sering melayari satu laman web yang dinamakan sebagai Love Zone. Di laman web itulah tempat-tempat pedofil yang menggunakan nama anonymous berkumpul untuk memuatnaik gambar mangsa-mangsa mereka. Diringkaskan cerita, pihak polis akhirnya dapat mengesan pemilik laman web Love Zone sebelum mengambil alih web tersebut. Dari situ, identiti pedofil paling berbahaya tidak lain tidak tidak bukan Richard Huckle telah berjaya dikenalpasti oleh pihak polis.

4. RAIH DERMA SECARA DALAM TALIAN

    Jangan terkejut, Richard ada meminta sumbangan derma bagi melakukan jenayah pedofil. Derma itu telah dimintanya secara dalam talian menerusi laman Dark Web. Pengguna Dark Web yang menyumbang derma kemudian akan diberikan akses video Richard merogol mangsanya. Kedengaran menakutkan bukan?

5. MATI DIBUNUH DALAM PENJARA

    Selepas ditangkap dan dibicarakan di mahkamah, Richard telah mengaku bersalah atas 71 daripada 93 pertuduhan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak. Dia seterusnya dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup secara serentak. Pada bulan Oktober 2019, Richard telah ditemui mati di dalam penjara akibat ditikam oleh seorang banduan yang bernama Paul Fitzgerald. Sebelum mati, Richard dilaporkan diseksa dengan cara dibelasah, dirogol, disula, dicekik lalu dibunuh oleh Paul dengan cara tikaman benda tajam. 

Catat Ulasan for "LIMA FAKTA MENAKUTKAN TENTANG RICHARD HUCKLE "