Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MAYAT BRIAN LAUNDRIE DITEMUI?

    AMERIKA SYARIKAT – Menerusi perkembangan terkini kes Gabby Petito, pihak berkuasa FBI telah mengesahkan penemuan rangka manusia dan beberapa barangan peribadi milik Brian Laundrie dalam kawasan rizab alam semula jadi yang terletak di North Port, Florida. Buat masa sekarang, pihak berkuasa FBI juga masih tidak mendedahkan butiran secara terperinci mengenai perkara ini. Pada masa yang sama, masih belum ada pengesahan samada rangka manusia berkenaan adalah Brian Laundrie. Lokasi penemuan itu dijangka akan ditutup selama beberapa hari untuk kerja-kerja pemeriksaan forensik.

    Brian Laundrie sebelum ini dinyatakan oleh pihak polis sebagai orang berkepentingan dengan kehilangan Gabby Petito. Waran penangkapan terhadapnya telah dikeluarkan selepas dia didapati menggunakan kad kredit milik Gabby tanpa sebarang keizinan. Mayat Gabby ditemui pada 19 September lepas dengan laporan forensik menjelaskan bahawa punca kematiannya adalah dibunuh dengan cara cekikan. Dia dipercayai sudah pun mati sekurang-kurangnya dalam tiga ke empat minggu dari hari penemuan mayatnya.

    Terdahulu, Brian dan Gabby yang juga merupakan pasangan tunang telah melakukan trip perjalanan kembara selama 4 bulan dengan matlamat merentas beberapa negeri di Amerika Syarikat menggunakan van putih jenis Ford milik keluarga Gabby. Pasangan tersebut dilaporkan memulakan perjalanan mereka pada tarikh 2 Julai 2021. Namun pada tengahan bulan Ogos 2021 yakni di Utah, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung dengan satu insiden pertengkaran yang berlaku antara Brian dan Gabby. Lebih kurang tiga minggu berikutnya, Brian pulang bersendirian ke rumahnya yang terletak di Florida. Dalam erti kata lain, dia pulang tanpa Gabby. Sementara itu, Gabby pula dilaporkan hilang selepas kali terakhir berhubung dengan ibunya pada 25 Ogos menerusi panggilan video telefon.

    Sebelum penemuan mayat Gabby, Brian telah menghilangkan diri tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai keberadaan tunangnya itu. Kisah penuh mengenai kes Gabby Petito yang menjadi tren di media sosial tahun 2021 ini boleh di baca di sini : Mengungkap Kisah Pembunuhan Gabby Petito. 

Catat Ulasan for "MAYAT BRIAN LAUNDRIE DITEMUI?"