DI MANA LATECHE NORRIS?
AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita dari Indiana kini merayu supaya orang ramai sama-sama membantu untuk mencari anak perempuannya yang dilaporkan hilang di California sejak tiga minggu lepas.
Si ibu berkenaan yang dikenali sebagai Cheryl Walker mendakwa bahawa kali terakhir dia mendengar perkhabaran anak perempuannya iaitu Lateche Norris adalah pada 5 November lalu yakni menerusi panggilan telefon. Dalam perbualan telefon itu, Lateche memberitahu bahawa dia telah bergaduh dengan teman lelakinya. Lebih merisaukan Cheryl, suara Lateche jelas sekali berada dalam keadaan ketakutan. Lateche juga ada berjanji untuk menghubungi Cheryl semula pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun, panggilan telefon tersebut tidak pernah kunjung tiba.
Lateche (20 tahun) sebelum ini dilaporkan meninggalkan Indiana pada 1 November untuk bertemu dengan teman lelakinya yang bernama Joseph "Joey" Smith (25 tahun). Mereka berdua yang juga merupakan artis tatu mula berkenalan pada bulan April lepas. Bapa tiri Lateche dikatakan tidak menyukai Joseph yang disyaki sebagai seorang penagih dadah. Malah Joseph yang baru keluar dari puaat pemulihan masih lagi tinggal di jalanan. Lebih merisaukan ibu bapa Lateche, Joseph mempunyai rekod buruk sewaktu zaman remajanya seperti mengamuk dan merosakkan harta benda awam.
Pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kes ini dan buat masa sekarang kesimpulan yang boleh dibuat adalah tiada sebarang unsur jenayah. Pihak polis turut enggan untuk mengeluarkan komen tentang samada Joseph adalah individu terakhir yang dilihat bersama Lateche.
Kes kehilangan Lateche ini sedikit sebanyak menyamai kisah Gabby Petito yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mengembara bersama dengan teman lelakinya, Brian Laundrie. Apa yang berlaku kemudian, Gabby telah ditemui mati di kawasan Wyoming. Tidak lama selepas penemuan mayat Gabby, giliran mayat Brian Laundrie ditemui di mana kematiannya dipercayai adalah akibat bunuh diri. Huraian kisah Gabby dan Brian boleh dibaca di sini : https://www.jacklester33.com/2021/09/blog-post.html?m=1
Catat Ulasan for "DI MANA LATECHE NORRIS? "