KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ADE SARA
Ade Sara |
Pada tahun 2014, Ade Sara Angelina Surotoyang adalah seorang
mahasiswi jurusan psikologi berusia 19 tahun di Universiti Bunda Mulia yang
terletak di Jakarta Utara, Indonesia. Pada masa sama, Ade Sara yang juga
merupakan seorang anak tunggal turut mengikuti kursus pengajian bahasa Jerman
di Institut Goethe, Jakarta. Ade Sara dikatakan sebagai seorang anak yang baik
dan begitu disenangi oleh orang di selilingnya. Dalam erti kata lain, dia bukan
seorang gadis bermasalah. Sewaktu zaman sekolah menengah, Ade Sara pernah
menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki muslim yang bernama Ahmad Imam Al
Hafitd. Walau bagaimanapun, jodoh pasangan itu hanya mampu bertahan selama
setahun. Hafitd dan Ade Sara terpaksa berpisah atas faktor anutan agama
masing-masing. Selepas perpisahan tersebut, Ade Sara telah bercinta dengan
lelaki lain. Begitu juga dengan Hafidt yang memiliki seorang teman wanita baru
yang dikenali sebagai Assyifa Ramadhani.
Hafitd dan Assyifa |
Biarkan sudah tidak mempunyai hubungan lagi dengan Hafitd, Ade Sara kerap diganggu oleh bekas teman lelakinya itu menerusi teks mesej dan panggilan telefon secara berterusan. Hafitd melakukan gangguan sedemikian adalah dengan harapan supaya Ade Sara kembali ke pangkuannya. Ade Sara bagaimanapun menolak permintaan Hafitd memandangkan mereka berdua sudah pun sama-sama mempunyai kekasih baru dan perlu meneruskan kehidupan masing-masing. Apabila Assyifa mengetahui tentang Hafitd yang masih menaruh hati terhadap Ade Sara, dia bukan saja berasa cemburu bahkan menjadi marah. Perkara inilah sering memicu kepada pertengkaran yang sering berlaku antara Hafitd dan Assyifa.
Lama-kelamaan, rasa cinta Hafitd terhadap Ade Sara bertukar
menjadi benci selepas cintanya ditolak berkali-kali oleh Assyifa. Sampai satu
masa, Hafitd dan Assyifa bersepakat untuk mengenakan Ade Sara sebagai
pengajaran. Jadi pada hari Isnin bersamaan dengan tarikh 3 Mac 2014, Ade Sara
sedang berada di sebuah stesen untuk menunggu kereta bagi menuju ke Institut
Goethe. Apa yang berlaku kemudian, Assyifa tiba-tiba muncul dalam keadaannya
menangis teresak-esak. Assyifa yang berpura-pura sedih telah meminta bantuan
daripada Ade Sara untuk menjadi orang tengah dalam insiden pertengkaran yang
berlaku antara Assyifa dan Hafitd. Disebabkan rasa simpatinya terhadap Assyifa,
Ade Sara pun bersetuju untuk membantu. Maka Ade Sara pun memasuki kereta jenis
Kia Visto milik Hafitd. Ade Sara bertindak bijak dengan menelefon seorang
rakannya untuk memberitahu tentang keberadaannya dalam kereta Hafitd pada waktu
tersebut.
Hafitd dan Assyifa |
Tanpa diduga yakni sesudah Ade Sara memasuki kereta itu, dia telah diseksa secara kejam oleh Hafitd serta Assyifa dengan cara pukulan, cekikan, ditelanjangkan dan paling dahsyat dikenakan renjatan elektrik sehingga pengsan. Seperkara harus diketahui, Ade Sara bukan saja cuba melawan malah sampai turut merayu untuk tidak diperlakukan dengan cara seksaan sebegitu rupa. Entah apa yang merasuki Hafitd dan Assyifa, kedua-dua mereka begitu seronok menyeksa Ade Sara. Sewaktu Ade Sara pengsan, mulutnya disumbat dengan kertas hingga dia pada akhirnya mati akibat sesak nafas. Menyedari Ade Sara yang sudah tidak lagi bernyawa, Hafitd dan Assyifa pun pergi membuang mayat wanita yang mereka benci tersebut di sebuah kawasan jalan tol.
Sementara itu, ibu bapa Ade Sara pula berasa risau berikutan
anak gadis kesayangan mereka itu langsung gagal untuk dihubungi. Bukan tabiat
Ade Sara untuk menutup telefon tanpa sebarang alasan munasabah. Ibu bapa Ade
Sara terus jatuh terduduk kesedihan setelah menerima makluman daripada pihak
polis mengenai berita penemuan mayat anak mereka tersebut yang ditemui oleh
seorang pekerja tol. Sebaik saja berita kematian Ade Sara tersebar, ramai
kenalannya menzahirkan rasa simpati mereka di laman media sosial. Ini
termasuklah Hafitd dan Assyifa sendiri.
Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Hafitd dan Assyifa. Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap pasangan terbabit. Penangkapan itu dibuat susulan maklumat daripada rakan Ade Sara yang mendakwa Ade Sara ada berada dalam kereta Hafitd sebelum ditemui mati. Mereka berdua seterusnya dibicarakan atas dakwaan melakukan pembunuhan terhadap Ade Sara. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada bulan Disember 2014, Hafitd dan Assyifa yang didapati bersalah telah dihukum penjara selama 20 tahun. Lebih kurang setahun berikutnya, mahkamah agung telah menukar hukuman tersebut epada penjara seumur hidup. Hukuman ini bermakna Hafitd dan Assyifa kekal berada dalam penjara hingga akhir hayat mereka. Saksikan sendiri reaksi Assyifa selepas mendengar keputusan hukuman tersebut : https://youtu.be/Cv8PZjoMD10
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ADE SARA "