KISAH PEMBUNUHAN KEJAM AYU LESTARI
Ayu Lestari |
Pada bulan Mei tahun 2020, negara Indonesia digemparkan
dengan berita penemuan serpihan tulang manusia dalam sebuah kawasan semak samun
yang berlokasi di Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, Indonesia. Selepas
pemeriksaan forensik dijalankan, identiti mayat itu dikenalpasti sebagai
seorang wanita bernama Ayu Lestari. Apa yang benar-benar menyedihkan dalam kes ini,
Ayu telah dibunuh oleh suaminya sendiri. Lagi menyakitkan hati, pembunuhan kejam
tersebut dilakukan dengan bantuan kekasih gelap suami Ayu.
Tahun 2020, Ayu Lestari adalah seorang wanita cantik berusia
yang baru berusia 26 tahun. Dia juga merupakan anak pertama daripada empat
orang adik beradik. Ayu mempunyai seorang anak perempuan comel yakni anak hasil
perkahwinannya dengan seorang lelaki anggota tentera yang bernama Praka Martin
Priyadi Nata Chandra Chaniago. Pasangan yang telah berkahwin sejak dari tahun
2012 itu dikatakan sering bertengkar. Pertengkaran tersebut berpunca daripada
Praka Martin yang merasakan dirinya tidak pernah dihargai oleh Ayu. Sebenarnya,
Ayu pernah cuba menuntut cerai daripada Praka Martin. Walau bagaimanapun, entah
mengapa Praka Martin tidak melayan tuntuntan penceraian tersebut.
Praka Martin dan Winda |
Pada mulanya, Praka Martin meminta Winda untuk membantunya
mencari pembunuh upahan. Winda tanpa sebarang rasa serba salah menuruti saja
permintaan Praka Martin. Biarpun pada kemudiannya pembunuh upahan berjaya
dicari, Praka Martin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar
pembunuh upahan tersebut. Praka Martin seterusnya telah menyuruh Winda untuk
meminjam sejumlah wang daripada seorang rakan wanitanya iaitu Samaria Magdalena
Simatupang (30 tahun). Masalah sekali lagi timbul kerana Samaria juga tidak memiliki
wang yang banyak untuk dipinjamkan kepada Praka Martin. Maka bermula dari
situlah Praka Martin, Winda dan Samaria telah bersepakat untuk membunuh Ayu.
Pada sekitar pukul 9.30 malam bersamaan dengan tarikh 9 April 2020, Praka Martin mengajak Ayu untuk pergi bersiar-siar dengan menaiki motosikal. Sebelum keluar, Ayu sempat menghantar pesanan Whatsapp kepada seorang jirannya mengenai hal berkenaan. Anak Ayu waktu itu pula sudah pun tidur lena. Motosikal tunggangan Praka Martin kemudian telah melalui sebuah kawasan sunyi sepi seperti yang dia rencanakan. Di kawasan situlah munculnya sebuah motosikal yang dinaiki oleh Winda dan Samaria. Mereka berdua menghimpit motosikal Praka Martin. Tanpa berlengah, Samaria sebagai pembonceng terus memukul bahagian belakang kepala Ayu sebanyak dua kali pukulan menggunakan batang besi. Pukulan itu sekaligus menyebabkan Ayu terjatuh dari motosikal.
Saat inilah Praka Martin menunjukkan wajah iblisnya kepada Ayu yang sedang terbaring dalam keadaan lemah bermaya. Praka Martin telah menanggalkan tudung Ayu lalu menyeret isterinya itu ke lokasi pembunuhan dengan cara heretan rambut. Dalam situasi sedemikian, Ayu sempat berkata, “Sampai hati abang buat macam ni. Macam mana dengan anak kita nanti?” Tanpa sebarang rasa perikemanusiaan, Praka Martin memukul kepala Ayu menggunakan batang besi yang Samaria telah gunakan sebelumnya. Sesudah Ayu tidak lagi bernyawa, mayatnya pun ditinggalkan begitu saja. Sebelum beredar pergi, Praka Martin sempat mengambil telefon pintar milik Ayu lalu diberikannya kepada Samaria.
Sebaik melihat Praka Martin pulang bersendirian ke rumah, si jiran yang sebelumnya ada menerima pesanan Whatsapp daripada Ayu terus berasa curiga. Apabila jiran tersebut bertanyakan tentang keberadaan Ayu, Praka Martin dengan lagak gaya tenang hanya memberitahu bahawa isterinya itu telah pun hilang. Mendengar jawapan sambil lewa daripada Praka Martin, jiran tersebut yang enggan untuk berdiam diri segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pada 12 April 2020, masih tiada sebarang perkhabaran berita
mengenai Ayu. Pada waktu inilah bapa Ayu yang juga merupakan seorang anggota
tentera dimaklumkan oleh pihak majikannya mengenai kehilangan anak perempuan
kesayangannya itu. Dia pun menelefon Praka Martin dengan kadar segera bagi meminta
penjelasan. Bapa Ayu menjadi geram setelah mendengar penjelasan tidak masuk
akal daripada Praka Martin. Sudah sebulan Ayu hilang tetapi Praka Martin tidak
menunjukkan sebarang usaha untuk mencari wanita yang dia pernah janjikan untuk
hidup bersama sampai hujung nyawa. Bapa Ayu yang bertugas di Lombok pada waktu
itu tidak melengahkan masa menuju ke Tapanuli untuk menyertai operasi pencarian
Ayu. Hanya selepas sebulan pencarian, mayat Ayu yang hanya tinggal serpihan
tulang telah berjaya ditemui. Betapa sukarnya keluarga Ayu untuk menerima
kenyataan tersebut. Pasukan pencarian turut menemui pakaian milik Ayu di lokasi
kejadian.
Susulan penemuan mayat tersebut, pihak berkuasa menahan Praka Martin memandangkan dia adalah individu terakhir yang dilihat bersama Ayu. Kenyataan Praka Martin yang sering berubah-rubah telah menyebabkan dia diyakini sebagai suspek pembunuhan. Rentetan daripada perkara itu, Praka Martin yang dipecat daripada tentera akhirnya membuat pengakuan melakukan pembunuhan terancang sekaligus membawa kepada penangkapan Winda dan Samaria. Berhubung dengan perbicaraan kes, ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah telah menerima hukuman penjara dengan Praka Martin dipenjarakan selama 20 tahun manakala Winda dan Samaria pula dipenjara untuk tempoh 17 tahun.
Al-fatihah untuk Ayu Lestari. Moga rohnya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM AYU LESTARI "