KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EFRIZA YUNIAR : Anak Murid Dari Neraka
Yuyun |
Pada tahun 2020, Efriza Yuniar atau lebih dikenali sebagai
Yuyun merupakan seorang guru perpustakaan berusia 50 tahun yang mengajar di SD
negeri 11 Muara Telang, Banyuasin Selatan. Dia yang juga berstatus janda tanpa
sebarang anak dikatakan berperwatakan baik, peramah, rajin dan begitu mengambil
berat tentang hal keluarganya.
Pada satu hari yakni bersamaan dengan tarikh 7 Julai 2020,
seorang lelaki berusia 18 tahun yang bernama Adriansyah telah pergi ke kawasan
rumah Yuyun. Sedikit mengenai Adriansyah, dia adalah bekas anak murid Yuyun
yang terkenal dengan kenakalannya. Tujuan kedatangan Adriansyah di kawasan
rumah Yuyun hari itu adalah untuk melakukan rutin yang biasa dilakukannya iaitu
mengintai Yuyun mandi. Seperkara harus diketahui, nafsu berahi Adriansyah pada
waktu berkenaan kian membuak-buak selepas menonton video lucah.
Yuyun pada mulanya membasuh pinggan di dapur. Setelah basuh
pinggan, Yuyun pun pergi ke bilik mandi untuk menyegarkan badan. Adriansyah
yang sudah tidak tahan melihat Yuyun terus memasuki rumah bekas gurunya itu
menerusi pintu masuk depan lalu bersembunyi di ruang antara peti sejuk dan pintu
bilik mandi. Sebaik Yuyun keluar dari bilik air, dia telah dicekik oleh
Adriansyah sehingga jatuh pengsan. Yuyun kemudian diheret ke bahagian ruang
tamu. Di situ, Adriansyah bertindak untuk merogol Yuyun.
Adriansyah |
Setelah Yuyun tersedar daripada pengsannya, dia terus menjerit bagi meminta pertolongan. Mendengar jeritan tersebut, Adriansyah yang berasa panik segera menyumbat mulut Yuyun dengan kain pengikat rambut. Tak cukup dengan itu, Adriansyah telah menjerat leher Yuyun menggunakan tali pinggang dan wayar pengecaj telefon. Tangan Yuyun pula diikat dengan tali rafia. Seterusnya, Adriansyah memijak leher Yuyun dengan kaki bagi memastikan bekas gurunya itu tidak lagi bernyawa. Mayat Yuyun yang dibalut dengan selimut berserta ikatan tali rafia telah diletakkan di dalam tong simpanan air besar. Selesai berbuat sedemikian, Adriansyah sempat mengunci pintu rumah Yuyun dari luar sebelum bergegas melarikan diri.
Dua hari selepas kejadian, barulah mayat Yuyun yang sudah
mula membusuk ditemui. Penemuan itu dibuat oleh rakan sekerjanya yang datang ke
lokasi kejadian untuk mengambil kunci perpustakaan sekolah. Rentetan daripada
perkara tersebut, pihak polis terus melakukan siasatan dan tidak perlu
mengambil masa lama untuk menangkap Adriansyah yang tinggal tidak jauh dari
rumah Yuyun. Susulan penangkapannya, Adriansyah telah membuat pengakuan
mengenai motifnya yang memang berniat untuk merogol Yuyun. Selain itu,
Adriansyah juga mendakwa bahawa dia ada menyimpan dendam terhadap Yuyun yang
selalu memarahinya sewaktu zaman persekolahan. Adriansyah dimarahi Yuyun
disebabkan perangainya yang terlalu nakal dan sering menimbulkan masalah.
Berhubung dengan perbicaraan kes, Adriansyah bakal dipenjara seumur hidup atau hukuman mati jika benar-benar didapati bersalah. Walau bagaimanapun, masih tiada perkembangan terkini tentang perbicaraan kesnya.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EFRIZA YUNIAR : Anak Murid Dari Neraka"