Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EKY & VINA

Vina

    Pada tahun 2016, negara Indonesia telah digemparkan dengan berita pembunuhan kejam sepasang kekasih yang berlaku di Cirebon. Pasangan tersebut baru saja berusia 16 tahun. Si lelaki bernama Muhammad Rizky atau lebih dikenali sebagai Eky. Si gadis pula adalah Vina Dewi Arsita. Hubungan mereka berdua sudah pun direstui oleh keluarga masing-masing. Selain itu, Eky dan Vina juga sudah pun merancang untuk berkahwin selepas habis persekolahan yakni apabila sudah mendapat kerja.

    Diringkaskan cerita, Eky adakalanya gemar menghabiskan masa untuk melepak dengan rakan-rakannya yang juga merupakan geng motor. Sewaktu lepak, Eky kebiasaannya akan membawa Vina sekali bersamanya. Dijadikan cerita, ada salah seorang rakan Eky daripada geng motor itu iaitu Egi telah menaruh perasaan terhadap Vina yang sememangnya memiliki paras rupa cantik. Egi dikatakan kerap cuba untuk menggoda Vina. Hinggalah satu hari, Egi telah diludah oleh Vina yang berasa semakin menyampah dengan perangainya. Perkara ini menyebabkan Egi menyimpan dendam kepada Vina.

Eky

    Kisah sebenar bermula pada malam 27 Ogos 2016 di mana Eky dan Vina serta beberapa orang lagi rakan mereka telah pergi bersiar-siar dengan menaiki motosikal. Sewaktu melalui sebuah kawasan sekolah, mereka semua tiba-tiba dibaling dengan batu oleh sekumpulan geng motor yang sedang melepak di tepi jalan tidak lain tidak bukan geng Egi. Maka Eky dan Vina serta rakan-rakan mereka terus memecut laju motosikal masing-masing. Mereka semua bagaimanapun melalui semula lokasi kejadian balingan batu buat kali kedua kerana beranggapan geng Egi yang berjumlah 11 orang berkemungkinan sudah beredar pergi. Tanggapan Eky dan Vina ternyata meleset sama sekali kerana geng Egi masih lagi berkumpul di lokasi berkenaan. Kali ini, geng Egi beraksi lebih ganas dengan bertindak untuk mengejar geng Eky dan Vina.

    Berlaku aksi kejar mengejar sebelum motosikal yang Eky dan Vina naiki berjaya dihimpit lalu ditendang oleh geng Egi di sebuah kawasan jejambat. Tatkala Eky dan Vina jatuh tersungkur di jalanan, rakan-rakan mereka yang lain pula sempat untuk melarikan diri. Betapa kejamnya geng Egi apabila mereka bertindak untuk memukul Eky dan Vina secara bertubi-tubi termasuklah dengan membuat pukulan menggunakan buluh. Selepas Eky dan Vina semakin lemah tidak bermaya, mereka berdua dibawa pergi menuju ke sebuah lokasi yang sunyi sepi. Di situ, Eky dipukul oleh geng motor tersebut hingga dia akhirnya tidak lagi bernyawa. Begitu juga dengan Vina yang menerima nasib sama seperti Eky. Cuma lagi kejam, Vina yang sempat dirogol secara bergilir-gilir telah dipukul sampai mati. Seterusnya, geng motor meletakkan semula meletakkan semula mayat Eky dan Vina di kawasan jejambat sebelumnya supaya kematian mereka tersebut nampak seakan-akan berpunca daripada kemalangan.

    Mayat Eky dan Vina telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal pada tarikh 28 Ogos. Susulan penemuan itu, maka laporan polis pun segera dihubungi. Berdasarkan situasi serta keadaan mayat, pihak polis termasuk keluarga Eky dan Vina memang beranggapan bahawa kematian pasangan kekasih tersebut adalah disebabkan kemalangan jalan raya. Jadi, Eky dan Vina terus dikebumikan tanpa sebarang keraguan. Namun selepas pengebumian itu, barulah rakan-rakan Eky dan Vina yang ada bersama mereka pada malam kejadian tampil untuk membuat laporan polis bagi menceritakan tentang perkara sebenar. Bertindak atas laporan tersebut, maka pihak polis yang tidak berlengah terus melakukan penyiasatan. Hasil maklumat dan siasatan, seramai lapan orang suspek geng motor itu telah ditahan pada lima hari selepas kejadian.

    Pada 3 September 2016, berlakunya satu insiden yang agak benar-benar menyeramkan. Seorang rakan Vina yang didakwa dirasuki oleh roh Vina telah menceritakan kronologi sebenar sewaktu kejadian. Dengar dan saksikan sendiri audio rakaman rasukan yang dirakam sendiri oleh bapa Vina itu di pautan berikut : https://youtu.be/SaLfq5CFiVg

    6 september 2016, kubur Vina dan Eky telah digali semula bagi tujuan kerja forensik. Menerusi laporan forensik, terdapat kesan cairan sperma di bahagian kemaluan Vina. Badan Eky dan Vina didapati mempunyai banyak kesan lebam akibat pukulan yang dialami. Berhubung keputusan perbicaraan kes pada bulan Mei 2017, tujuh daripada lapan suspek yang didapati bersalah melakukan pembunuhan terhadap Eky dan Vina telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala seorang suspek bawah umur dengan identiti dirahsiakan pula dipenjarakan selama tujuh tahun. Sementara itu, baki tiga lagi suspek termasuk Egi masih tidak lagi dapat ditangkap hingga pada hari ini.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EKY & VINA "